• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedutaan Myanmar Takut Demo Bantah Rohingya Dizalim

oleh
15/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hasrat sekumpulan ratusan penunjuk perasaan termasuk rakyat Malaysia untuk menyerahkan memorandum bantahan pembunuhan umat Islam Rohingnya di Myanmar kepada Duta Myanmar di sini, gagal.

Media tempatan melaporkan, tiada pegawai atau wakil duta negara itu kelihatan untuk menerima memorandum berkenaan yang diserahkan kumpulan dikenali sebagai Kongres Rakyat dan PAS selepas solat Jumaat hari ini.

Sebaliknya hanya seorang pengawal keselamatan kedutaan di Jalan Ampang Hilir tersebut yang sanggup tampil menerima memorandum itu disampaikan sendiri oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Turut hadir pada perarakan tunjuk perasaan yang berlangsung secara aman di kedutaan berkenaan ialah Pengerusi Kongres Rakyat, Mohd. Azmi Abdul Hamid dan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Antara kandungan memorandum tersebut ialah mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya kekejaman ke atas umat Islam di negara itu termasuk wanita dan kanak-kanak dibunuh serta dizalimi oleh kumpulan militan Buddha.

Kedutaan Myanmar Takut Demo Bantah Rohingya Dizalim

Selain itu, mereka juga menuntut pemimpin tertinggi negara itu, Aung San Suu Kyi selaku penerima Hadiah Nobel Keamanan bertindak lebih adil dalam membela nasib rakyat minoriti Islam di negara itu yang sering ditindas.

Kegagalan wanita ikon demokrasi terkenal tersebut menangani isu kekejaman ke atas umat Islam di Myanmar jika masih lagi berterusan sewajarnya menyaksikan anugerah berprestij diterimanya itu perlu ditarik balik.

Suu Kyi turut dikritik hebat pelbagai badan hak asasi antarabangsa apabila enggan berbuat sesuatu malah tergamak menyifatkan etnik Rohingya sebagai pendatang asing tanpa izin yang sengaja menjadi pelarian di Myanmar.

Beliau turut tidak mengiktiraf kaum minoriti yang banyak mendiami wilayah Rakhine sebagai warganegara dan enggan mengutuk kekejaman militan Buddha bebas membunuh penduduk Islam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Aung San Suu KyiMyanmarRohingya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Rohingya perlu dilihat dari sudut kemanusiaan, namun pada masa...

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

12/06/2026
0

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mempergiat tindakan penguatkuasaan menerusi Operasi Pemandu Warga Asing bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd