• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UTM Ingin Dokumen Bangunan Warisan Asia Tenggara

oleh Ahmad Albab
27/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berhasrat untuk menjadi pelopor dalam usaha merakam dan mendokumentasikan bangunan warisan di seluruh Asia Tenggara, kata pensyarah kanan fakulti itu Dr Alice Sabrina Ismail.

Beliau berkata, selain memberi manfaat ilmiah kepada pelajar dan pensyarah seni bina UTM, usaha itu diharap dapat memastikan identiti seni bina warisan di rantau tersebut dapat dipelihara dan diperturunkan kepada generasi akan datang.

Usaha yang melibatkan kerja-kerja lukisan terukur itu akan dilaksanakan melalui Pusat Kajian Alam Bina Melayu (KALAM) UTM.

“Sehingga kini KALAM mempunyai lebih 400 koleksi dokumentasi bangunan seperti rumah kediaman, istana, masjid, bangunan awam, bangunan komersial, wakaf, madrasah dan makam yang terdapat di Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Bengkel Kerjasama Seni Bina Antarabangsa 2014 antara Fakulti Alam Bina UTM dengan Fakulti Seni Bina Universiti Teknologi Rajamangala Thanyaburi dan Fakulti Seni Bina Universiti Rangsit di sini hari ini.

Alice berkata, UTM berharap untuk memulakan langkah baru dengan mengadakan kerjasama dengan kedua-dua buah universiti Thailand itu bagi tujuan merakam dan mendokumentasikan bangunan-bangunan warisan di negara tersebut tidak lama lagi.

Kerjasama itu nanti akan melibatkan pertukaran pelajar dan pensyarah di antara universiti terbabit.

Sementara itu, Ketua Jabatan Seni Bina UTM, Prof Madya Dr Mahmud Mohd Jusan berkata, bengkel kerjasama yang diadakan bersama-sama dua universiti Thailand itu, merupakan yang pertama diadakan UTM khasnya dalam bidang seni bina.

“Ini adalah satu titik permulaan UTM bagi kerjasama bersama universiti-universiti lain di rantau ini bagi membolehkan perkongsian pelbagai ilmu seni bina diadakan,” katanya.

Bengkel sehari yang melibatkan 27 pelajar tahun empat dan sembilan pensyarah dari dua universiti Thailand serta 30 pelajar UTM itu bertujuan membina jaringan kerjasama dengan para pensyarah dan pelajar selain meningkatkan mobiliti mereka ke institusi pengajian tinggi terkemuka di rantau Asia Tenggara.

Bengkel tersebut meliputi aktiviti seperti syarahan umum mengenai konsep pelan induk Malaysia dan seni bina Islam di negara ini serta bengkel reka bentuk dan pameran reka bentuk. – BERNAMA

Tags: UTM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UTM Bangunkan Alat Pengesan Gempa Bumi Awal

UTM Bangunkan Alat Pengesan Gempa Bumi Awal

14/07/2023
0

JOHOR BAHRU : Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menghasilkan alat pengesan gempa bumi dinamakan sebagai ‘Wireless Accelerometer’ yang memberi siren amaran...

UTM Sebagai Peneraju Penyelidikan Teknologi Digital

UTM Sebagai Peneraju Penyelidikan Teknologi Digital

06/02/2023
0

JOHOR BAHRU : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mahu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi peneraju dalam penyelidikan berasaskan teknologi untuk membawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd