• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakar Barat Sah Hang Tuah Pernah Perintah Singapura

oleh
09/05/2017
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEWUJUDAN Hang Tuah pernah dipersoal akibat ketiadaan bukti arkeologi. Namun pakar Barat di Universiti Nasional Singapura (NUS) ini yakin bukan sahaja Hang Tuah wujud, malah pernah memerintah Singapura.

Akhbar Berita Harian Singapura baru-baru ini melaporkan, pulau itu mungkin sebuah pusat pelabuhan utama bagi Empayar Melaka pada abad ke-15 yang ditadbir seorang laksamana dan beliau dipercayai ialah Hang Tuah sendiri.

Laksamana berkenaan dikatakan tidak sahaja berkuasa memerintah ketika itu dan mentadbir pelabuhan tersebut, bahkan mengetuai angkatan laut Kesultanan Melayu Melaka yang menjadikan Singapura sebagai pangkalannya.

Sebagai laksamana, Hang Tuah menjadikan pulau yang pernah disebut Temasek sebelum diubah Sang Nila Utama kepada Singapura; menjadi tempat tinggalnya, kata pakar sejarah dan arkeologi Singapura, Prof. Dr. John Miksic.

Baru-baru ini, kewujudan Hang Tuah sekali lagi dipersoalkan pihak tertentu kerana konon tiadanya bukti arkeologi yang mengaitkan kehidupan dirinya, seperti yang panas dilaporkan oleh pelbagai media Malaysia sekitar Mei lalu.

Ia memetik laporan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sebagai mengesahkan bukti arkeologi mengaitkan kewujudan Laksamana Hang Tuah masih lagi belum ditemui untuk disahkan muktamad secara rasmi.

Walaupun akur dengan ketiadaan bukti tersebut, Miksic tetap percaya bahawa Hang Tuah wujud malahan pernah bermastautin agak lama di Singapura berdasarkan bukti surat-menyurat yang ditemui di Pulau Okinawa, Jepun.

“Hang Tuah pasti ada. Jawatannya sebagai Laksamana ada. Gelarannya sebagai Sri Bija Diraja, kita ketahui pasti ada. Orang yang namanya Hang Tuah belum dapat diperkuat dengan data dari sumber selain Sejarah Melayu.

“Namun tidak ada alasan untuk percaya bahawa orang dengan nama itu tidak ada,” ujarnya merujuk watak Hang Tuah sering disebut dalam banyak sumber asing dari China dan Jepun, selain kitab terkenal Sejarah Melayu.

“Itu yang paling menentukan, sebab ternyata pada akhir abad ke-15, laksamana dari Singapura itu berhak mengirim surat rasmi atas namanya sendiri kepada mana-mana raja asing. Surat itu bahkan masih ada lagi di Okinawa.

“Banyak surat di Okinawa yang dikirimkan dari Laksamana Melaka, tanpa nama, hanya gelarannya yang disebut. Tetapi dia yang berhak bertindak atas nama Sultan,” tambah Profesor Jabatan Pengajian Asia Tenggara NUS itu.

Pakar Barat Sah Hang Tuah Pernah Perintah Singapura
Prof. Dr. John Miksic memegang peta lama bertarikh 1825, menunjukkan benteng pertahanan lama kerajaan Kesultanan Singapura pernah wujud abad ke-14 mengelilingi Bukit Larangan atau kini Fort Canning Hill. – Foto Berita Harian Singapura

Miksic yang fasih berbahasa Melayu mula mengajar di NUS sejak 1987, dan sebelum itu pensyarah di Universiti Gadjah Mada, institusi pengajian terkenal di wilayah istimewa Yogyakarta, Indonesia, selama enam tahun.

Memberi perincian Singapura sebagai pusat pelabuhan Empayar Kerajaan Melaka, beliau menegaskan ia jelas dilaporkan perwira angkatan armada Laksamana Zheng He atau juga disebut Cheng Ho dari China pada 1435.

Menurut Miksic, setelah tertubuhnya Kesultanan Melaka sekitar tahun 1400, Singapura yang sudah wujud lebih awal daripada Melaka tetap ada, bahkan langsung tidak musnah akibat serangan hebat oleh tentera Majapahit.

Sebelum ini, sejarah menyatakan Singapura musnah akibat serangan itu, yang dilakukan agar dapat menangkap sultan terakhir Singapura, Sultan Iskandar Shah dan dibuktikan bukan sahaja dari segi sejarah, malah arkeologi.

Ia menunjukkan bahawa Singapura, atau ketika itu lagi masih dipanggil sebagai Temasek, merupakan sebuah pelabuhan maritim antarabangsa yang sudah memainkan peranan penting dalam hubungan luar negara.

Singapura juga pusat transit kapal laut dan sangat strategik dalam struktur kerajaan Melaka – tempat bagi orang dari Jawa atau Sumatera contohnya singgah dulu di Singapura sebelum menuju ke tempat lain seperti India atau China.

Angkatan laut Kesultanan Melaka pula ditempatkan di Singapura disebabkan kedudukan pulau ini lebih strategik dan terlindung berbanding dengan Melaka yang agak terbuka dan mudah diserang dari arah laut atau darat.

Selain melindungi perairan Selat Melaka dan sekitarnya, angkatan tentera tersebut turut dikerah membasmi kegiatan lanun yang dikatakan cukup berleluasa menjarah banyak kapal dagang asing di perairan Singapura.

Hang Tuah ujar Miksic juga mempunyai kuasa memerintah Singapura seumpama pemimpin tempatan bertaraf gabenor dalam sistem pentadbiran moden atau amir jika merujuk kepada zaman khalifah Islam di Timur Tengah.

“Terbukti beliau perlu ke istana kalau ada upacara atau ada tugas lain, yang bererti harus bertemu raja atau bendahara, misalnya. Tetapi hari-hari tempat tinggalnya di Singapura,” kata Miksic. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Hang TuahSingapuraTemasek
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahkamah Cadang Selesaikan Melalui Mediasi

Next Post

Pembenihan Awan Perlu Jika 2 Bulan Tiada Hujan

Related Posts

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Aliff Aziz mengaku lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga di Singapura dan berehat sebelum memutuskan untuk kembali...

Next Post

Pembenihan Awan Perlu Jika 2 Bulan Tiada Hujan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd