• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pokemen Go Cetus Risiko Jenayah Di Amerika Syarikat

oleh AK-47
15/07/2016
dalam Gajet, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERMAINAN atas talian baharu Pokemon Go merupakan bentuk pemainan peranti pintar paling hangat sehingga menjadi fenomena di dunia sekarang.

Biarpun digemari ramai, aplikasi pemainan itu dilaporkan turut menjadi penyumbang kepada beberapa kes jenayah kekerasan seluruh di Amerika Syarikat.

Terkini, empat remaja di Missouri telah ditahan polis kerana menggunakan kelebihan aplikasi itu bagi mengumpan hampir 12 mangsa dalam satu kejadian rompakan bersenjata.

Polis di O’Fallon, pinggir bandar raya St. Louis, berkata mereka menahan suspek pada Ahad selepas seorang mangsa rompakan menghubungi polis dari sebuah kedai serbaneka.

Pokemen Go Cetus Risiko Jenayah Di Amerika Syarikat

“Dengan paparan geolokasi pada aplikasi Pokemon Go, perompak boleh menjangkakan lokasi seterusnya dan tahap pengasingan mangsa yang tidak sedar,” kata jurucakap polis O’Fallon, Sarjan Bill Stringer.

Polis turut menyarankan agar para penggemar permainanan itu agar lebih berhati-hati ketika menggunakan telefon pintar dan peranti lain ketika bermain aplikasi tersebut.

“Jika anda terlalu leka dalam permainan dan tidak tidak memberi perhatian kepada apa yang berlaku sekeliling, anda boleh ditimpa masalah,” kata pegawai polis di Greensboro, Carolina Utara, Ben Wingfield.

Sementara itu dalam kes lain, kebanyakan pemain turut dilaporkan mengalami kecederaan kecil akibat tersandung dan terjatuh kerana terlalu khusyuk ketika mencari watak permainan itu.

“Saya pada minggu lepas hampir menghadapi kemalangan ketika memandu sambil bermain aplikasi itu di lebuh raya,” kata Henry Mendez, 32 tahun; dari Los Angeles.

Permainan itu merupakan aplikasi percuma yang paling kerap dimuat turun dalam stor aplikasi Apple manakala saham Nintendo melonjak hampir 25 peratus untuk mencatatkan keuntungtan harian terbesar dalam sejarah mereka selepas Pokemon Go dilancarkan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: ABCNews

Tags: Permainan VideoPokemon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PS5 Sony Akan Dilancarkan November Ini

17/09/2020
0

SAN FRANCISCO - PlayStation 5 (PS5) Sony yang dinanti-nantikan 'penggemar permainan video' akan dilancarkan pada November ini. Ia sekali gus...

Pemilik Koleksi Permainan Video Terbesar Dunia

06/04/2019
0

RICHMOND - Seorang peminat tegar permainan video telah diiktiraf Guinness World Records sebagai pemilik koleksi permainan video terbesar di dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd