• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Menari-Nari Dalam Masjid, Imam Kena Kecam

oleh AK-47
15/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH video yang memaparkan sekumpulan jemaah menari-nari bak pesta dalam sebuah masjid di Jeddah, Arab Saudi sempena sambutan Aidilfitri kini tersebar meluas di Internet.

Video berdurasi 45 saat itu sekali gus mengundang kemarahan netizen yang berpendapat jemaah yang menari itu sebagai tidak menghormati rumah Allah.

Insiden itu turut mengakibatkan imam dan muazzin Masjid Omar Basabirin disoal siasat oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi.

Sementara itu, pengarah cawangan kementerian itu di Makkah, Ali Salem Al-Abdali berkata, memainkan lagu dan menari di masjid telah melanggar kesucian rumah Allah.

Katanya lagi, kedua-duanya berkemungkinan dipecat daripada jawatan tersebut sekiranya mereka mengetahui insiden tarian di rumah Allah tersebut, lapor Saudi Gazette.

Bagaimanapun, imam masjid berkenaan iaitu Qashmir Al-Qarni memberitahu, dia tidak tahu menahu mengenai insiden tarian itu.

Jelasnya, muzik sememangnya dipasang tetapi lagu yang dimainkan adalah berunsur Islam dan kenegaraan sahaja.

“Jika ada orang yang menari dalam masjid ini, ia mesti berlaku tanpa pengetahuan atau izin saya,” katanya.

Menerusi video tersebut, sekumpulan jemaah dilihat asyik menari mengikut rentak muzik manakala segelintir jemaah lain pula hanya menjadi penonton dan menikmati jamuan yang disediakan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Arab Saudimasjid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan beliau meneruskan tradisi murni DAP dengan menyalurkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd