BERMACAM-macam cara yang boleh dilakukan untuk kekal sihat, antaranya dengan sentiasa bersenam serta melakukan aktiviti kecergasan luar seperti berbasikal, daki gunung dan sebagainya.
Namun, bagi sesetengah golongan warga emas wanita di China, mereka percaya dengan berbaring di atas batuan besar boleh memperbaiki tahap kesihatan sekali gus memanjangkan tempoh usia mereka di muka bumi ini.
Wanita warga emas tempatan itu sanggup berbaring sambil memeluk batu besar dengan meletakkan tuala kecil di muka sehingga menjadi pemandangan biasa di kawasan riadah di negara komunis tersebut.



Mereka percaya aktiviti santai tersebut turut boleh menguatkan tulang selain memberikan ketenangan sepanjang ‘bertafakur’ di atas batu.
Kebiasaannya, batu-batu itu penuh diduduki pada jam 3 hingga 4 petang setiap hari kerana pada ketika itu, sinaran cahaya matahari sangat terik dan sesuai untuk mengeluarkan peluh. – MYNEWSHUB.CC

