• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Langkau Pendirian Majlis Presiden Pakatan

oleh Ahmad Albab
13/07/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali sekali lagi melangkaui pandangan pucuk pimpinan tertinggi Pakatan Harapan mengenai kerjasama dengan PAS.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan media hari ini secara bersendirian menyambut baik hasrat PAS untuk kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang dikuasai DAP.

“Saya menyambut baik kenyataan media oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahukan semua parti pembangkang menyatukan kembali dan memperkukuhkan perpaduan dan menghentikan serangan sesama sendiri.

“Saya bersetuju dengan kenyataan Tuan Ibrahim bahawa kita harus menyatukan banyak persamaan di kalangan parti-parti pembangkang berbanding ketaksuban terhadap perbezaan,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohamed Azmin sebelum ini pernah menyeru PAS kembali bekerjasama dengani Pakatan Harapan namun dibantah keras oleh DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) yang menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam gabungan baharu parti pembangkang.

Malah, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pernah menengaskan bahawa Pakatan Harapan tidak lagi memerlukan PAS dalam kancah politik Malaysia kerana PAS tiada kekuatan melainkan dengan bantuan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum yang lalu.

Mohamed Azmin pemimpin Pakatan Harapan kelihatan paling terdesak dengan situasi buruk yang sedang melanda pakatan pembangkang hingga terpaksa mengumumkan pemberian bonus khas raya kepada seluruh kakitangan kerajaan Selangor bulan lalu.

Beliau dilihat ramai pihak bimbang jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor boleh terjejas berdasarkan kekalahan teruk Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar serta Sungai Besar baru-baru ini.

PAS disingkirkan daripada gabungan pakatan pembangkang oleh DAP dan PKR pada tahun lepas kerana PAS enggan tunduk kepada desakan supaya berkompromi dalam beberapa isu membabitkan akidah Islam yang dilihat boleh menjejaskan kepentingan politik pembangkang.

DAP dan PKR kemudian bertindak menubuhkan Pakatan Harapan selepas membubarkan Pakatan Rakyat bagi membentuk gabungan baharu parti pembangkang yang turut dianggotai PAN.

Beberapa bekas pemimpin PAS dengan diketuai oleh bekas Timbalan Presiden, Mohamad Sabu menubuhkan PAN bertujuan menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam pakatan baharu parti pembangkang.

Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini pula mengejutkan ramai ahli dan penyokong PAS apabila menggesa seluruh kepemimpinan, ahli dan penyokong PAS supaya kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh parti cauvanis DAP.

Beliau yang merupakan pemimpin tertinggi PAS tetapi pro-Pakatan Harapan `dalam sunyi ‘ mendakwa PAS dan Pakatan Harapan perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi bersama-sama menyerang parti Melayu UMNO.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim menyeru seluruh ahli dan penyokong PAS melupakan segala perbuatan dan cacian hina yang pernah dilemparkan oleh DAP, PKR dan PAN ke atas parti Islam itu demi memperoleh kuasa.

Beliau turut memujuk seluruh pemimpin, ahli dan penyokong PAS supaya menghormati sebarang perbezaan DAP dengan PAS dalam isu dasar Islam sebagai langkah berkompromi.

Kenyataan Tuan Ibrahim merupakan satu tamparan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din yang sering menjadi bahan kritikan dan cacian ramai pemimpin Pakatan Harapan sebelum ini. – Mynewshub.cc

Tags: Azmin Ali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd