• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Imigresen Rasuah Punca Insiden Pengganas – PKR

oleh Ahmad Albab
13/07/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan sama ada insiden berunsur pengganas seperti yang berlaku di sebuah kelab hiburan di Puchong, Selangor baru-baru ini disebabkan oleh gejala rasuah dalam kalangan pegawai dan anggota Jabatan Imigresen.

Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar menimbulkan persoalan itu dengan membangkitkan Laporan Ketua Audit Negara 2015 siri pertama yang melaporkan terdapat kelemahan dalam pelaksanaan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs).

“MyIMMs iaitu sistem membantu pihak berkuasa mengawal mereka yang keluar dan masuk negara. Adakah kelompongan sistem ini yang akhirnya menyebabkan isu keselamatan negara terus membarah?

“Jika benar, maka perlu wujud kemahuan politik untuk melawan rasuah bagi mengelakkan krisis MyIMMs berulang kembali dan meletakkan kawalan keselamatan sempadan negara dalam risiko.

“Akibat daripada gejala yang tidak bermoral inilah yang mengakibatkan wujudnya individu yang berani menyemai benih berunsur keganasan,” dakwanya dalam satu kenyataan media berbaur politik hari ini.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dalam pada itu turut mempersoalkan sama ada tindakan Jabatan Imigresen cuma menamatkan perkhidmatan seramai 15 anggotanya manakala 37 yang lain dikenakan tindakan tatatertib.

“Apakah ini hukuman standard yang akan dikenakan kepada penjawat awam yang telah disiasat dan jaminan bahawa perkara yang sama tidak akan berulang?” katanya.

Polis pada 4 Julai lalu mengesahkan kejadian letupan bom tangan di sebuah pusat hiburan Movida di Puchong didalangi oleh kumpulan pengganas Daesh.

Beberapa individu yang duduk di bahagian luar pusat hiburan itu cedera kerana terkena letupan bom tangan yang dilempar dua suspek bermotosikal dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DaeshImigresenpengganasPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi contoh teladan tentang komitmen,...

PKR Tahu Bagaimana Untuk Bangkit Selepas Kalah – Fuziah

PKR Tahu Bagaimana Untuk Bangkit Selepas Kalah – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Fuziah Salleh menegaskan PKR tahu bagaimana untuk bangkit selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd