• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelawat Dari Negara Dilanda Ebola Diberi Kad Amaran Kesihatan

oleh Ahmad Albab
27/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Semua pelawat dari negara yang dilanda wabak Ebola akan diberikan Kad Amaran Kesihatan sejurus tiba di pintu masuk negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata edaran kad kepada pelawat sama ada mempunyai tanda atau tidak itu dibuat bertujuan memantau status kesihatan mereka dalam tempoh 21 hari dari tarikh ketibaan ke negara ini.

Ini bagi membolehkan mereka mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami sebarang gejala Ebola di 21 hospital yang menyediakan kemudahan untuk rujukan berkaitan penyakit itu, katanya.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas meninjau tahap kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan menangani gejala itu di Lapangan Terbang KL (KLIA) di sini hari ini.

Bagi pelawat yang diuji dan didapati positif Ebola, mereka akan dihantar untuk dikuarantin di Hospital Sungai Buloh, Selangor, Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu dan Hospital Umum Sarawak di Kuching, katanya.

Langkah lain ialah menjalankan saringan kesihatan ke atas semua pelawat yang tiba dari negara yang terlibat di semua pintu masuk antarabangsa dengan menempatkan 150 petugas kesihatan seperti yang dilaksanakan di KLIA dan klia2 ketika ini, katanya.

Dr Subramaniam berkata walaupun Malaysia tidak menerima penerbangan langsung dari negara-negara Afrika Barat yang terjejas Ebola, namun langkah segera yang diambil kementerian itu menunjukkan kerajaan sama sekali tidak memandang ringan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai peningkatan bilangan kes berkenaan.

“Kementerian akan sentiasa dan terus bekerjasama rapat dengan semua agensi berkaitan bagi memperkukuh kesediaan dan respons bagi menghadapi potensi penularan penyakit ini,” katanya.

Sehingga Sabtu lepas, sebanyak 10,114 kes berkaitan Ebola direkodkan dengan sejumlah 4,922 kematian dicatatkan, namun sehingga kini WHO belum mengeluarkan sebarang larangan untuk pergi ke negara-negara terlibat seperti Guinea, Liberia dan Sierra Leone. – BERNAMA

Tags: Dr S. SubramaniamEbola
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Uganda Sahkan Enam Lagi Kes Ebola

Uganda Sahkan Enam Lagi Kes Ebola

24/09/2022
0

KAMPALA, Uganda – Sebanyak enam kes baharu Ebola dikesan di Uganda, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin selepas negara Afrika...

Petugas Kesihatan AS Dikuarantin, Terdedah Ebola

30/12/2018
0

LINCOLN - Seorang petugas kesihatan Amerika Syarikat (AS) yang mungkin terdedah kepada virus Ebola ketika merawat pesakit di Republik Demokratik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd