• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Prasekolah Maut Selepas Van Terbabas Dalam Gaung

oleh Ahmad Albab
13/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Seorang guru prasekolah maut manakala duan anak lelakinya cedera selepas van jenis Perodua Rusa yang dipandunya terbabas ke dalam gaung di Jalan Tanjung Sedili-Tenggaroh Selatan 1 dan 2, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang ketika Noor Hafizah Masbol, 37, dikatakan dalam perjalanan dari arah pekan Tanjung Sedili menghala ke Felda Tenggaroh Selatan.

Rahmat berkata, kenderaan yang dipandu ibu tunggal yang tinggal di Kuarters Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Tenggaroh Selatan itu dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum terbabas ke dalam gaung.

“Kemalangan menyebabkan Noor Hafizah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala manakala anaknya Nur Amin Noorwansah, 10, dan Nur Amir, 8, cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Kota Tinggi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rahmat berkata, mayat Noor Hafizah dibawa ke hospital sama untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

“Hasil siasatan mendapati tempat kejadian merupakan jalan dua hala yang lurus dan garisan berkembar sebagai pembahagi jalan. Permukaan jalan juga adalah kering dan cuaca baik pada waktu petang,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Sesyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: Gurukemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd