• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Masalah Bekalan Vaksin Tangani IB

oleh Ahmad Albab
12/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tiada masalah dari segi bekalan vaksin untuk menangani wabak bronkitis berjangkit (IB) yang didakwa menjadi punca kematian ayam di beberapa ladang ternakan di negara ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Dr. Kamarudin Md Isa.

Beliau berkata, pemantauan JPV sepanjang 2016 mengesan hanya enam kes IB berlaku di Perak dan Kedah dengan jumlah kematian ayam yang dicatatkan ialah 0.07 peratus daripada jumlah keseluruhan pengeluaran ayam negara.

“Bilangan kematian (ayam) yang dimaklumkan oleh penternak tidak akan mendatangkan impak keseluruhan bekalan ayam negara kerana bilangan tersebut adalah terlalu kecil berbanding pengeluaran keseluruhan negara.

“Kadar kematian ayam pada kadar dua hingga tiga peratus disebabkan pelbagai faktor seperti penyakit, keracunan makanan dan suhu yang tinggi adalah normal bagi pengeluaran ayam setiap minggu,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Jelas Kamarudin, permintaan ayam bagi negara pada masa ini ialah sebanyak 12.1 juta ekor seminggu manakala pengeluaran pula pada kadar 13.36 juta ekor seminggu.

Mengulas mengenai kematian 6,000 ekor ayam di sebuah ladang di Kuala Selangor sebelum perayaan Aidilfitri baru-baru ini, Kamarudin menjelaskan perkara tersebut belum disahkan akibat IB.

Semalam, Persatuan Penternak Ayam Selangor mendakwa penyakit IB yang menyebabkan kerongkong ayam berkahak dan mengakibatkan ternakan sukar bernafas seterusnya mati menjadi punca harga ayam naik. – BERNAMA

Tags: ayam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat sekurang-kurangnya mesti ada nasi dan protein seperti ayam dan telur serta sayuran...

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

18/01/2025
0

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta kerajaan Sabah mengambil langkah serius...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd