• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lemas Ketika Cuba Keluarkan Tali Pancing Tersangkut

oleh Ahmad Albab
12/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang pemancing lemas apabila dia cuba mengeluarkan tali pancingnya yang tersangkut di dalam sebuah kolam di Simpang Pelangai, Bentong petang semalam.

Dia dipercayai terkena renjatan elektrik yang dipasang di dalam kolam tersebut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata mangsa ialah Norazli Ramli, 29, dari Sungai Gapoi Telemong, Karak.

“Dalam kejadian 6.30 petang itu, mangsa dipercayai terjun ke dalam lombong berkenaan setelah tali pancingnya tersangkut pada sangkar ikan.

“Namun dia tidak timbul-timbul sehingga menyebabkan anak saudaranya turut terjun ke dalam lombong bagi mencarinya, namun mangsa tidak ditemui.

“Anak saudara mangsa juga dilapor terkena renjatan elektrik menyebabkannya segera naik ke darat,” katanya kepada Bernama.

Abang ipar mangsa, Addy Saiful Mohd Sies, 29, kemudiannya membuat laporan polis pada pukul 10.35 malam.

Mohamad Mansor berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan pada pukul 8 pagi tadi oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Karak dan berjaya menemui mayat mangsa pada pukul 10.20 pagi, kira-kira 12 meter dari tebing kolam sedalam tiga meter itu.

Mayat mangsa yang bekerja sendiri dihantar ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat.

Mohamad Mansor berkata lombong itu beroperasi sekitar tahun 1960-an dan dijadikan kolam membela ikan talapia merah sejak 30 tahun lalu dengan terdapat kira-kira 120 buah sangkar. – BERNAMA

Tags: mati lemasmemancing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Hilang Dibaham Buaya Ketika Memancing

Lelaki Hilang Dibaham Buaya Ketika Memancing

08/07/2025
0

LIMBANG - Seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya ketika sedang memancing di tebing sungai berhampiran Kampung Pandam di sini...

Lelaki Hilang Selepas Keluar Memancing Di Klang

Lelaki Hilang Selepas Keluar Memancing Di Klang

17/03/2025
0

KLANG, 17 Mac 2025 – Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas keluar memancing di kawasan bawah Jambatan Muhibbah, Klang, berhampiran Pulau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd