• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Ayam Kembali Menurun Di Kelantan – KPDNKK

oleh Ahmad Albab
12/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Harga ayam kembali menurun di Kelantan pada RM9 sekilogram berbanding RM25 seekor selepas pemantauan berterusan dibuat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan.

Ketua Seksyen Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan KPDNKK Kelantan, Shamsuri Hamzah berkata ia berikutan pemantauan yang dilakukan oleh agensi berkenaan selepas menerima aduan pengguna sejak Khamis lepas.

“KPDNKK akan sentiasa memantau peniaga ayam di pasar-pasar basah di negeri ini bagi memastikan tiada peniaga yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan operasi memantau harga ayam di beberapa pasar basah di jajahan ini di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Shamsuri berkata sepanjang musim perayaan lepas sebanyak 46 kes pencatutan dicatatkan dengan nilai rampasan berjumlah RM10,440 serta kompaun sebanyak lebih RM11,000.

Beliau berkata selain itu, 24 notis tunjuk sebab kepada peniaga turut dikeluarkan selepas tamatnya Skim Kawalan Musim Perayaan pada 7 Julai lalu.

“Kita keluarkan 18 notis kepada peruncit manakalan enam notis kepada pemborong dan sekiranya mereka gagal menjawab notis dalam tempoh tujuh hari selepas ia dikeluarkan, mereka akan didakwa di mahkamah dan dikenakan hukuman,” katanya.

Ditanya mengenai harga ayam yang melambung akibat wabak bronkitis berjangkit (IB), Shamsuri berkata ia adalah tidak benar kerana hasil pemantauan mendapati barangan basah itu masih banyak terdapat di pasaran.

“Sebenarnya jika ikut persediaan sebelum ini bekalan ayam tiada masalah, cuma apa yang dibimbangkan ialah peniaga cuba menaikkan harga untuk mendapatkan keuntungan berlebihan.

“Setakat ini wabak IB tidak terlibat di Kelantan walaupun dihebahkan oleh pihak tertentu,” katanya. – BERNAMA

Tags: ayamKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat sekurang-kurangnya mesti ada nasi dan protein seperti ayam dan telur serta sayuran...

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

18/01/2025
0

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta kerajaan Sabah mengambil langkah serius...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd