• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akibat Mahu Tunjuk Pandai, Anak Hampir Hilang Tangan

oleh Ahmad Albab
12/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun hampir hilang sebelah tangan akibat kebodohan ibunya yang menggunakan pisau pemotong daging untuk mengelar tangannya anaknya itu yang dipatuk ular.

Kejadian itu berlaku di China, ketika kanak-kanak berkenaan sedang bermain di luar rumahnya, apabila dia telah dipatuk oleh seekor ular.

Melihat keadaan anaknya itu, wanita yang dikenali sebagai Yang telah menghisap bisa ular terbabit dan dia telah menyapu wain pada bahagian yang dipatuk ular itu.

Yang tanpa berfikir panjang kemudiannya mengambil pisau pemotong daging dan cuba menghiris pergelangan tangan anaknya dengan harapan darah kotor dan bisa ular akan keluar.

Malangnya berlaku pendarahan yang teruk hingga memaksa Yang menghantar anaknya ke hospital terdekat namun hospital tersebut enggan merawat anaknya disebabkan keadaannya yang semakin parah.

Pihak hospital kemudiannya meminta Yang membawa anaknya ke Yongchuan dan disebabkan Yang tidak mempunyai wang, dia terpaksa meminjam 2,000 yuan daripada jiran-jirannya.

Menurut doktor, kanak-kanak itu hampir hilang tangan kanannya.

Pemeriksaan awal mendapati bisa ular tersebut tidak menghasilkan toksik yang besar namun tindakan Yang yang menyebabkan kecederaan anaknya menjadi parah.

Meskipun kanak-kanak berkenaan tidak lagi berada dalam situasi bahaya tetapi dia terpaksa dirawat di hospital dan fungsi tangannya juga akan terjejas akibat tindakan ibunya itu.

Sementara Yang pula tidak berhenti menangis dan menyesal dengan tindakannya itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Chinakanak-kanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd