• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Pasti Harga Naik Kerana Ayam Sakit Tekak – KPDNKK

oleh Ahmad Albab
12/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dikatakan bahawa harga ayam turut naik semasa musim hari raya kali ini yang berpunca daripada ayam-ayam mengalami wabak bronkitis berjangkit (IB) atau sakit kerongkong.

Sebaliknya pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan(KPDNKK) beranggapan ia hanya merupakan andaian semata-mata.

“Ia hanyalah spekulasi. Kita tidak pasti harga ayam naik sebab apa kerana pihak kita belum menerima sebarang maklum balas daripada mana-mana peruncit berkenaan kenaikan harga ayam,” kata Timbalan Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Ahmad Dahuri Mahmud.

Namun beliau berkata kementerian akan mengambil tindakan tegas kepada peruncit yang mengaut keuntungan secara tidak munasabah apatah lagi sempena musim perayaan.

“Kita tunggu peruncit berikan fakta dan sebab mengapa mereka naikkan harga ayam. Kalau sengaja mereka naikkan, tindakan tegas akan diambil ke atas mereka,” katanya kepada Bernama.

Harga ayam di seluruh negara didapati naik mendadak sehingga dijual RM10 sekilogram sejak Khamis lalu berbanding harga kawalan RM7.90.

Ahmad Dahuri juga berkata pihaknya sedang menunggu maklumat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk mengesahkan perkara sama ada berlaku serangan penyakit kerongkong terhadap ayam-ayam.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Kamarudin Mat Isa menyangkal dakwaan Persatuan Penternak Ayam Selangor bahawa harga ayam naik disebabkan berlaku serangan wabak IB.

“Setakat bulan Julai ini, kami hanya mengesan enam insiden wabak IB dalam kalangan ayam komersial dan ayam kampung iaitu satu di Kedah dan lima di Perak. Jadi kematian ayam disebabkan wabak IB tidak setinggi seperti yang didakwa,” katanya.

Persatuan itu dilaporkan sebagai berkata beribu-ribu ekor ayam mati akibat wabak tersebut sehingga menjejaskan 20 peratus pengeluaran ayam di seluruh negara.

Dr. Kamarudin menegaskan IB merupakan penyakit endemik yang disebabkan jangkitan virus yang boleh dikawal melalui suntikan vaksin.

“DVS telah meluluskan 14 jenis vaksin berkaitan pencegahan wabak IB. Penternak dan kontraktor membekal ayam, atas nasihat pihak kami boleh menggunakan mana-mana vaksin yang telah didaftar dan diluluskan oleh DVS,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan mengambil sampel ayam yang didakwa mati akibat wabak IB untuk dikaji dan dibuat siasatan lanjut dan menambah wabak berkenaan bukan merupakan penyakit yang baharu muncul di negara ini.

Sementara itu Pengarah Insititut Pertanian Tropika, Universiti Putra Malaysia, Prof Dr. Zulkifli Idrus berkata kenaikan harga ayam pada musim perayaan kemungkinan disebabkan peningkatan kos produksi ayam dan bukan serangan wabak IB seperti yang didakwa.

“Banyak faktor kenapa harga ayam naik mendadak. Salah satu sebabnya adalah disebabkan harga makanan ayam meningkat kepada RM200 setiap tan selain suhu panas yang membantutkan prestasi pembesaran ayam,” katanya.

Beliau yang merupakan pakar pengeluaran ternakan berkata musim perayaan turut menyebabkan permintaan ayam melebihi daripada bekalan dan ini membuatkan peruncit mengambil kesempatan atas situasi berkenaan.

“Bila tiba musim perayaan, ayam yang beratnya tidak sampai dua kilogram akan turut dijual. Justeru harga tinggi yang diletakkan sesetengah peruncit mungkin kerana mereka hendak menanggung kos pengeluaran ayam,” katanya. – BERNAMA

Tags: ayamKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat sekurang-kurangnya mesti ada nasi dan protein seperti ayam dan telur serta sayuran...

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

18/01/2025
0

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta kerajaan Sabah mengambil langkah serius...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd