PERMAINAN aplikasi terbaharu Pokemon Go! yang diperkenalkan dengan menggunakan teknologi Alternate Reality (AR) nampaknya sudah mula melanda seluruh dunia, biarpun baru dua hari aplikasi permainan itu dilancarkan.
Pokemon Go! secara dasarnya merupakan aplikasi permainan untuk Android dan iOS yang mengetengahkan konsep permainan menangkap dan berinteraksi dengan Pokemon.
Ia membolehkan anda menangkap Pokemon secara virtual di dunia sebenar.
Ia memerlukan anda keluar dari rumah dan memburu Pokemon yang hanya boleh dilihat menerusi skrin peranti.
Terkini, seorang lelaki yang begitu ketagih dengan permainan itu dilaporkan menjadi viral gara-gara keterujaannya untuk ‘menangkap’ Pokemon, walaupun ketika isterinya hendak bersalin.

Jonathan Theriot ketika itu sedang menunggu isterinya untuk menjalani pembedahan C-Section melahirkan anak ketiga mereka.
Apabila salah satu watak animasi Pokemon, Pidgey, muncul di skrin telefonnya, Theriot tidak dapat menahan diri daripada menangkapnya.
Foto screen shot daripada ‘tangkapan’ itu dimuat naik ke laman di laman Reddit yang sudah dilihat lebih sejuta kali.
Pokemon merupakan siri anime yang sangat popular di kaca TV sehingga pernah muncul di akhbar tempatan berkenaan fenomena kartun itu di kalangan remaja pada tahun 2000.
Gambaran lebih jelas bagaimana game itu dimainkan, sila tonton video di bawah- MYNEWSHUB.CC
Sumber: Dailymail