• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vokalis Kumpulan Terra Rossa Didakwa Lagi Miliki Dadah

oleh Ahmad Albab
11/07/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Vokalis kumpulan rock Terra Rossa, Khairulhizam Kaha yang dikenali sebagai Jijam sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki dadah.

Khairulhizam, 43, didakwa memiliki satu paket plastik dadah jenis syabu seberat 0.53 gram di kawasan bawah blok 8, Pangsapuri Taman Miharja Fasa 2, Cheras, pada pukul 5.15 petang, Sabtu lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor menetapkan 15 Ogos untuk sebutan semula kes.

Tiada sebarang jaminan ditetapkan terhadap tertuduh kerana tiada penjamin hadir.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N. Joy Jothi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tahun lepas, Khairulhizam dijatuhi hukuman denda RM7,000 dan pengawasan polis selama dua tahun atas kesalahan sama oleh Mahkamah Majistret Ampang. – BERNAMA

Tags: kes dadahpenyanyi rock
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

31/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat kes membabitkan anak bekas seorang Perdana Menteri selepas sejumlah dadah ditemui dalam keretanya di Lebuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd