• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Bekas Pengarah Syarikat Protasco Didakwa Lagi

oleh Ahmad Albab
11/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua bekas pengarah Syarikat Protasco Bhd. sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang, di sini hari ini kerana gagal mengisytiharkan kepentingan dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah syarikat berhubung cadangan pelaburan perniagaan minyak dan gas di Indonesia.

Datuk Tey Por Yee, 40, dan Datuk Ooi Kock Aun, 49, kedua-duanya juga ahli perniagaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mereka didakwa gagal mengisytiharkan kepentingan dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah syarikat Protasco bahawa mereka mempunyai perkaitan terus dengan sebuah syarikat yang diperbadankan di Indonesia iaitu PT Anglo Slavic Utama.

Perbuatan mereka itu telah mendorong ahli-ahli lembaga pengarah syarikat Protasco meluluskan cadangan pelaburan dalam perniagaan minyak dan gas di Indonesia melalui pembelian saham dalam syarikat PT Anglo Slavic Utama yang bernilai USD22 juta (RM87.5 juta).

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Protasco, Tingkat 2, Corporate Building Unipark Suria, Jalan Ikram-Uniten, Kajang, di sini antara November 2012 hingga 28 Dis 2012.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 131(1) Akta Syarikat 1965 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 131 (8) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimun tujuh tahun atau denda RM150,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia Mohd Zulkhairi Kamaruzaman menawarkan wang jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh mengambil kira satu pertiga daripada hukuman denda RM150,000 yang diperuntukkan di bawah seksyen tersebut.

Peguam Datuk Sukri Mohamed yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jumlah yang munasabah dengan alasan pertuduhan terhadap anak guamnya adalah dari transaksi yang sama.

“Selain itu kedua-dua anak guam saya sebelum ini telah diikat jamin RM1 juta dan menyerahkan pasport kepada mahkamah. Saya mencadangkan jaminan yang munasabah, 10 peratus daripada jumlah denda iaitu RM15,000,” katanya.

Hakim Azrul membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Ogos untuk sebutan semula kes.

Pada 15 Jan lepas, Tey mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menipu ahli lembaga pengarah syarikat Protasco Bhd. membabitkan wang lebih RM68 juta dan membuat perakuan palsu, empat tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan dan Seksyen 181 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Ooi juga mengaku tidak bersalah pada 3 Feb lepas atas tiga pertuduhan menipu ahli lembaga pengarah syarikat yang sama, membuat perakuan palsu dan pecah amanah membabitkan wang hampir RM85 juta.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu Ooi didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 181 dan Seksyen 409 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: mahkamahPengarah Urusan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd