• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Kesembilan Kes Bunuh Bill Kayong Ditahan

oleh Ahmad Albab
26/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Seorang suspek lelaki berumur 27 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh Setiausaha PKR Cawangan Miri, Bill Kayong yang ditembak mati di persimpangan lampu isyarat di Lutong pada 21 Jun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar M. M. Sree Shunmugam berkata suspek itu ditahan pada pukul 6 petang semalam di sebuah restoran di Jalan Bendahara, di sini dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Miri hari ini untuk mendapatkan perintah reman.

“Dia adalah suspek kesembilan setakat ini, lapan daripadanya masih lagi ditahan termasuk yang terbaru ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Siasatan masih dijalankan dan kami jangka untuk mengemukakan hasil siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada minggu ini,” katanya.

Kayong, 43, yang tewas dalam Pilihan Raya Negeri bagi kerusi Bekenu pada 7 Mei lepas, ditembak oleh individu tidak dikenali pada pukul 8.30 pagi ketika sedang menunggu lampu isyarat dalam kenderaannya jenis Toyota Hilux. – BERNAMA

Tags: Bill Kayongkes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd