• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Sedia Laksana Visa Bagi Pelawat Timur Tengah

oleh Ahmad Albab
10/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersedia melaksanakan penggunaan visa warga asing untuk rakyat dari negara Timur Tengah seperti yang dicadangkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), bagi mengekang ancaman kumpulan militan Daesh di Malaysia.

Timbalan menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata setakat ini cadangan itu belum lagi dikemukakan oleh MKN kepada kementerian, namun KDN bersedia melaksanakan penggunaan visa tersebut sejurus menerima arahan daripada majlis itu.

“Itu (visa) kuasa MKN. KDN akan melaksanakan arahan MKN. (Setakat ini) KDN belum terima arahan MKN lagi. Bila terima kita akan laksana,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Nur Jazlan juga berkata KDN menyerahkan kepada MKN untuk menentukan negara Timur Tengah yang akan dikenakan visa warga asing berkenaan.

Semalam, Setiausaha MKN Datuk Seri Alias Ahmad mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan visa berkenaan bagi mengekang ancaman kumpulan militan Daesh di Malaysia.

Alias berkata penggunaan visa kepada negara yang terlibat dengan pergolakan atau negara yang dikenal pasti sumber datangnya aktiviti kumpulan militan Daesh penting bagi memantau kemasukan mana-mana individu yang terbabit dalam militan tersebut ke negara ini.

Setakat ini, Malaysia hanya mengenakan penggunaan visa kepada 34 daripada 201 negara terutama di benua Afrika. – BERNAMA

Tags: DaeshKDN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd