• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Temui ‘Mumia’ Duduk Atas Pokok Pain

oleh Ahmad Albab
09/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Mayat seorang lelaki dipercayai meninggal dunia lapan bulan lalu ditemui dalam keadaan beku di atas sebatang pokok pain di Tomsk, kira-kira 3,608 kilometer dari sini baru-baru ini.

Pihak polis Rusia berkata, mayat lelaki tersebut ditemui sedang ‘duduk’ di atas dahan dan masih memeluk pokok berkenaan pada ketinggian lebih 15 meter.

Lelaki itu yang masih belum dikenal pasti identitinya ditemui oleh dua penduduk tempatan pada 1 Julai lalu.

“Lelaki ini dipercayai meninggal dunia kira-kira lapan bulan lalu dan cuaca sejuk menyebabkan mayatnya bertukar menjadi mumia,” kata jurucakap polis.

Ujarnya, lelaki itu dipercayai memanjat pokok berkenaan ketika musim sejuk dan meninggal dunia akibat masalah hipotermia.

Pavel Petrov yang menemui mayat itu berkata, dia dan bapanya terlihat satu objek besar di atas pokok yang terletak kira-kira 50 meter dari jalan raya.

“Apabila saya dan bapa mendekati pokok itu, kami terkejut mendapati objek di atas dahan itu adalah mayat manusia.

“Saya juga terkejut apabila polis memberitahu mayat itu sudah lama berada di atas pokok, iaitu lapan bulan,” katanya.

Menurutnya, ketika ditemui mangsa masih memakai baju sejuk, seluar dan kasut but tradisional penduduk Rusia yang dikenali sebagai valenki.

“Kemungkinan lelaki ini memanjat pokok kerana terlalu sejuk dan mati akibat hipotermia,” jelasnya. – Agensi

Tags: mumia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mesir Dedah Penemuan Terbesar Mumia

20/10/2019
0

LUXOR - Mesir mendedahkan 30 buah keranda kuno yang berisi mumia, merupakan pertemuan terbesar, yang ditemui di selatan negara itu...

Mesir Dedah Penemuan 50 Mumia

05/02/2019
0

MINYA - Ahli arkeologi Mesir menemui sebuah makam mengandungi 50 mumia dari zaman Ptolemaic, di Minya, selatan Kaherah, kata kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd