• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Keganasan Rumah Tangga Naik Setiap Bulan

oleh Ahmad Albab
09/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes keganasan rumah tangga yang dirujuk ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur meningkat setiap bulan iaitu sebanyak 30 peratus atau kira-kira 150 kes.

Ketua jabatan itu Prof Datuk Seri Dr Abu Hassan Asaari Abdullah berkata kes-kes berkenaan dirujuk ke pusat khidmat bersepadu jabatan itu bagi tujuan pemeriksaan dan rawatan.

“Setiap hari ada kes. Jika dibandingkan dahulu hanya ada 10 hingga 20 kes sahaja. Kebanyakan kes yang dilaporkan adalah kes rogol, penderaan terhadap kanak-kanak, cabul dan liwat.

“Mangsa akan dibawa ke pusat khidmat bersepadu untuk rawatan lanjut,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata antara punca yang menyebabkan kes berkenaan meningkat adalah kerana masalah ekonomi dalam institusi keluarga, tekanan psikologi yang dialami pasangan suami isteri serta mekanisme menjalankan tanggungjawab dalam keluarga seperti penjagaan anak kecil.

Dr Abu Hassan berkata masalah pengaruh alkohol dan dadah juga menjadi faktor utama menyebabkan wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa keganasaan dan penderaan.

“Seperti kes rogol, antara faktor menyebabkan kes itu berlaku adalah sikap lelaki terhadap wanita; pengaruh pornografi, alkohol dan dadah, pergaulan bebas dan tanpa batasan, keruntuhan akhlak serta kurang pegangan agama,” katanya.

Beliau berkata pusat khidmat bersepadu yang diwujudkan pada 1994 di bawah jabatan itu berperanan untuk memberi rawatan dan khidmat psikologi kepada mangsa dengan kaedah rawatan yang holistik.

“Kita amat menjaga kepentingan mangsa dari segi psikologi dan juga maruah pesakit dan tidak mendedahkan kepada umum lokasi rawatan dijalankan di jabatan itu bagi melindungi pesakit,” katanya.

Menurutnya, pusat berkenaan turut menyediakan kaedah rawatan yang holistik dan memberikan kerjasama dengan pelbagai pihak antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat, pihak polis serta unit forensik. – BERNAMA

Tags: keganasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

4 Wanita Antara 20 Migran Indonesia Ditahan Di Rumah Transit Sindiket

Kerajaan Johor Kutuk Keganasan, Ekstremisme Korbankan 2 Wira Negara

19/05/2024
0

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme yang mengorbankan dua wira negara, awal pagi kelmarin. IKUTI...

UNSC Tuntut Myanmar Hentikan Keganasan

UNSC Tuntut Myanmar Hentikan Keganasan

22/12/2022
1

NEW YORK : Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akhirnya menerima pakai resolusi pertamanya mengenai Myanmar dalam tempoh 74 tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd