• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perompak Ambil Masa 2 Minit lari RM500,000

oleh Ahmad Albab
09/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL – Empat lelaki bersenjatakan parang mengambil masa tidak sampai dua minit untuk melarikan wang tunai RM500,000 dari sebuah kedai pengurup wang di Jalan Besar, Sungai Bakap di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) DSP Shamsudin Mamat berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 pagi itu, empat lelaki yang memakai topeng dan menutup muka menggunakan kain serta bersarung tangan telah menyerbu masuk kedai berkenaan.

“Mereka menaiki kereta jenis Proton Waja kelabu dan berhenti di hadapan kedai sebelum meluru masuk dan mengacukan parang ke arah tiga pekerja wanita di dalam premis perniagaan berkenaan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata seorang daripada empat lelaki itu turut mengarahkan mereka yang berada di dalam kedai supaya diam dan tidak melawan jika tidak mahu dicederakan.

Katanya empat lelaki dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an itu bertindak mengambil sebuah beg mengandungi wang tunai sebanyak RM500,000 yang terdapat di atas meja di kedai itu sebelum melarikan diri menaiki kereta menuju ke arah Nibong Tebal.

“Wang tunai yang terdapat di dalam beg itu adalah hasil urus niaga sepanjang tiga hari dan difahamkan pekerja kedai berkenaan baru sahaja selesai mengira duit serta mahu memasukkannya ke dalam bank berhampiran premis itu,” katanya.

Shamsudin berkata tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian rompakan itu kerana mereka yang berada di dalam kedai berkenaan tidak melawan serta hanya mendiamkan diri kerana takut.

Katanya pemeriksaan awal mendapati nombor pendaftaran kereta Proton Waja WRQ 6094 yang dinaiki suspek adalah palsu, dan polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kedai dan kawasan berkenaan.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai empat lelaki itu agar tampil membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: polisrompakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd