• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas UIAM Kuantan, Raja Azmi Dilarang ‘Masuk’ UiTM Shah Alam

oleh AK-47
28/10/2014
dalam Artis, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Raja Azmi Raja Sulaiman, penerbit kontroversi yang sebelum ini dilarang mengadakan sesi dialog bersama penuntut UIAM Kuantan disebabkan isu novel tulisannya yang berunsur seks, kini menerima larangan serupa untuk ‘memasuki’ UiTM Shah Alam, Selangor.

Penulis novel KARKUMA itu sepatutnya mengadakan sebuah sesi dialog bersama pelajar Uitm Shah Alam bersempena ArtFest anjuran Kelab Pengurusan Seni Anomalist, semalam.

Difahamkan, Raja Azmi pernah dijemput untuk mengisi slot festival seni sama pada 15 Oktober lalu dan kali ini, beliau setuju untuk mengadakan tayangan filem terbitannya ‘… Dalam Botol’ diikuti sesi dialog bersama umum.

Bagaimana pun Sabtu lalu, pihak Merpati Jingga yang merupakan penerbit novel Karkuma mendapat panggilan memaklumkan bahawa Raja Azmi tidak dibenarkan mengadakan sesi dialog tersebut.

Berdasarkan surat pembatalan yang dihantar oleh Pengarah Program Rul Iman, Nur Rahidzab, ia merupakan arahan daripada pihak atasan UiTM Shah Alam dan dipercayai dinaungi oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM.

done

“Pihak kami berusaha untuk bertemu dengan mana-mana pihak atasan yang dinyatakan di dalam surat berkenaan untuk mendapat penjelasan tetapi malangnya tiada sesiapa tampil untuk bersemuka dengan wakil kami mahupun Raja Azmi sendiri yang sudah sampai ke tapak acara bagi slot tersebut.

“Kami ingin menekankan bahawa halangan sebegini bukanlah etika dalam penganjuran sesebuah festival. Notis yang dikeluarkan pada saat-saat akhir acara telah menyusahkan banyak pihak.

“Seperti UIAM Kuantan, kami berasakan pihak HEP UiTM Shah Alam juga bertindak sebagai polis moral yang mengongkong kebebasan berkarya dan untuk memperoleh pengetahuan,” ujar wakil Merpati Jingga.

Pihak Merpati Jingga berkata, mereka berharap selepas ini mana-mana penganjur yang ingin menjemput penulis atau artis mereka agar memeriksa dahulu dengan pihak atasan kerana dibimbangi berlaku hal sebegini yang menyusahkan banyak pihak. - MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

Tags: Raja AzmiUiTM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

25/07/2026
0

PERMATANG PAUH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan rakyat harus bersyukur kepada Allah S.W.T dengan pelbagai kejayaan yang...

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

15/04/2025
0

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan penggunaan pakaian menyerupai kostum tertentu oleh sekumpulan pelajar di Kampus Dengkil baru-baru ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd