• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliran Trafik Lancar Pada Sebelah Pagi

oleh Ahmad Albab
03/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara lancar dan terkawal setakat 10 pagi ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata trafik ke utara dan selatan di kedua-dua arah terkawal dengan tiada lokasi dilaporkan mengalami kesesakan.

Situasi serupa dilihat di Lebuhraya Pantai Timur menuju ke timur semenanjung.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Bhd memaklumkan aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dari Kuala Lumpur menghala ke Bukit Kayu Hitam masih terkawal walaupun bilangan kenderaan bertambah secara perlahan-lahan.

“Bagi laluan ke selatan, aliran trafik lancar dari Sungai Besi hingga ke Johor Bahru. Kenderaan dijangka mula bertambah menjelang sebelah petang,” katanya.

Beliau berkata berlaku beberapa kemalangan kecil namun ia tidak mengganggu lalu lintas.

Di Tambak Johor, kenderaan bergerak lancar dari Malaysia ke Singapura namun sesak dari Singapura menuju ke Malaysia manakala trafik di kedua-dua arah Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) masih lancar. – BERNAMA

Tags: Aidilfitrialiran trafik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik menghala Pantai Timur dari Gombak ke Genting Sempah sesak anggaran 11 kilometer pagi ini. Jurucakap Lembaga...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd