• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Serang Wanita Di Jejantas Bank Negara Ditahan Polis

oleh Ahmad Albab
02/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang disyaki menendang seorang wanita di jejantas di sini Khamis lalu seperti yang terakam dalam kamera litar tertutup (CCTV) ditahan polis malam tadi.

Aksi lelaki itu di jejantas Bank Negara yang menjadi viral menjadi topik perbualan hangat dan dikecam para netizen.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata suspek berusia 33 itu ditahan pada pukul 11.30 malam di Jinjang.

“Suspek pernah ditangkap kerana cuba menceroboh masuk ke kawasan Bank Negara dengan bersenjatakan parang dan kes itu telah dituduh di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata suspek sebelum ini dipercayai pernah menyerang seorang wanita berhampiran Bank Negara namun mangsa tidak membuat laporan polis.

Dalam kejadian Khamis itu, mangsa yang bertugas di Bank Negara sedang berjalan di jejantas berkenaan apabila dia tiba-tiba ditendang dari arah belakang oleh seorang lelaki.

Akibat serangan itu mangsa cedera di pipi kanan akibat terjatuh dan dirawat di Hospital Pantai, Bangsar.

Dalam rakaman CCTV berdurasi 36 saat itu yang tersebar di media sosial menunjukkan wanita berkenaan tersungkur di lantai jejantas itu. – BERNAMA

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd