• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Harapan P.Pinang Sokong Penuh LGE

oleh Ahmad Albab
02/07/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini menzahirkan sokongan penuh dan sebulat suara bersetuju bahawa Lim Guan Eng, yang menghadapi dua pertuduhan kes rasuah, tidak perlu mengambil cuti dan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berkata Pakatan Harapan yang diterajui PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP mencapai persetujuan itu dalam mesyuarat pagi ini.

“Terdapat beberapa pendirian yang kami ambil berhubung keputusan ini, yang pertama jawatan yang disandang oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng sekarang ini tidak ada sebarang hubungan ataupun pengaruh dalam badan kehakiman dan juga lain-lain institusi perundangan dan penguat kuasa negara seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia). Jadi tidak ada campur tangan politik,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat ketua menteri di sini hari ini.

Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Lim sendiri; Naib Presiden PAN, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Mansor berkata pihaknya juga yakin tuduhan yang dikenakan terhadap Lim adalah berkaitan politik dan satu inisiatif untuk mematikan kerjaya politik ketua menteri itu.

Mujahid pula berkata PAN menyokong keputusan yang dibuat Pakatan Harapan dan turut menyifatkan pendakwaan terhadap Lim adalah bermotifkan politik.

Khamis lepas, Lim, 56, dihadapkan di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri untuk kepentingan peribadi dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan urusan menukar status sebidang tanah daripada tanah pertanian kepada tanah kediaman dan memindah miliknya kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn. Bhd.

Setiausaha Agung DAP itu juga menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu mendapatkan untuk dirinya dan isteri secara rasuah sebidang tanah serta banglo di 25, Jalan Pinhorn di sini daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta, sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah RM4.27 juta yang mana tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya (Lim).

Bagi pertuduhan pertama Lim didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas penasihatnya, Tony Pua mendakwa projek LRT3 tidak pernah dihentikan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd