• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semak Akaun Bayaran PTPTN, Lapor Jika Tak Dikemas Kini

oleh Ahmad Albab
02/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peminjam yang membuat bayaran bagi pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dinasihatkan menyemak penyata akaun masing-masing dari semasa ke semasa secara dalam talian.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Strategik PTPTN Mastura Mohd Khalid berkata peminjam perlu membuat aduan secara dalam talian sekiranya transaksi yang dibuat masih belum dikemas kini selepas tempoh tiga hari bekerja.

“Aduan boleh dibuat dengan melayari laman web PTPTN http://www.ptptn.gov.my/. Peminjam hanya perlu menekan ikon Aduan dan mengikut arahan yang disediakan di laman itu.

“Aduan yang dikemukakan akan dikendalikan pegawai PTPTN di Ibu Pejabat PTPTN yang akan berurusan secara terus dengan pengadu sehingga masalah atau aduan berkenaan diselesaikan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.

Menurut Mastura, peminjam serta pelanggan juga boleh menggunakan saluran tersebut bagi membuat sebarang aduan berkaitan perbadanan itu.

Sebelum ini, media melaporkan seorang bekas pelajar bidang fotografi dari Segi College, Subang Jaya Safura Foo telah membuat bayaran penuh RM18,449.35 pada Mac tahun lepas.

Namun dia disekat ke luar negara oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana namanya masih dalam senarai hitam jabatan itu pada Mei lalu kerana dikatakan masih mempunyai tunggakan pinjaman PTPTN lebih RM3,000.

Justeru Mastura mengingatkan mana-mana peminjam yang ingin ke luar negara agar membuat semakan status perjalanan dalam tempoh tujuh hari sebelum tarikh perjalanan bagi mengelak sebarang kesulitan.

“Bagi membolehkan pelepasan ke atas peminjam yang disenarai hitam, mereka perlu membuat bayaran keseluruhan hutang pinjaman atau tunggakan termasuk semua kos yang dikenakan atau membuat bayaran mengikut jumlah yang dipersetujui PTPTN.

“Mereka juga boleh membuat rundingan dengan PTPTN sekiranya tidak mampu membuat bayaran mengikut jadual,” katanya.

Beliau berkata semakan senarai hitam boleh dibuat melalui portal rasmi PTPTN atau JIM, talian careline PTPTN 03-2080 4455 dan hadir di kaunter PTPTN atau JIM. – BERNAMA

Tags: PTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd