RUSIA – Pakar sejarah Rusia yang juga digelar sebagai genius, Anatoly Moskvin, 46, disahkan mengalami sakit jiwa apabila dia mengadakan majlis hari jadi untuk 160 kanak-kanak perempuan yang sudah meninggal dunia.
Kanak-kanak yang berusia antara tiga hingga 12 tahun itu digali dari kubur, dan mayat mereka dijadikan mumia.
Dia memakaikan pakaian pelbagai warna dan corak kepada mumia tersebut dan menjadikan mumia itu seolah-olah anak patung beruang.
Perkara berkenaan terdedah selepas pasukan penyiasat menemui video rakaman majlis hari jadi yang diadakan untuk mumia kanak-kanak tersebut.
Moskvin, yang boleh bertutur dalam 13 bahasa itu turut memberikan nama kepada mumia tersebut . Semua mayat tersebut meninggal dunia awal tahun ini.
Polis kini sedang mengumpul data mengenai mayat kanak-kanak itu dan ia terbongkar apabila ibu bapa Moskvin melawatnya.
Moskvin kini ditempatkan di hospital sakit jiwa dan tidak layak untuk dibicarakan di mahkamah.