• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berdasarkan Prinsip CAT, Guan Eng Harus Bercuti

oleh Ahmad Albab
02/07/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Berdasarkan prinsip kerajaan DAP Pulau Pinang iaitu Cekap, Amanah dan Telus (CAT), Ketua Menteri Lim Guan Eng yang didakwa di mahkamah semalam seharusnya mengambil cuti daripada pentadbiran kerajaan negeri.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid berkata sebagai kerajaan yang memperjuang CAT, Lim sepatutnya lebih memahami bahawa kes beliau belum selesai walaupun mahkamah membenarkan ikat jamin.

“Jadi sebagai seorang yang bermoral dan mempunyai sikap akauntabiliti, Lim harus melepaskan jawatannya atau bercuti sehingga namanya bersih daripada sebarang tuduhan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng

Beliau berkata walaupun Lim bukan seorang penjawat awam yang dilantik melalui Jabatan Perkhidmatan Awam yang tertakluk kepada Perintah Am, Lim harus faham bahawa pertuduhan itu dibuat berasaskan kedudukannya sebagai seorang penjawat awam selepas siasatan dijalankan.

Jahara yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Ayer Tawar berkata beliau percaya Lim akan mempunyai ruang dan peluang yang sepenuhnya untuk membuat pembelaan di mahkamah.

“Bagaimana pentadbiran kerajaan dapat berjalan lancar sekiranya ketuanya dibayangi tuduhan penyelewengan,” katanya.

Lim, 56, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri untuk kepentingan peribadi dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan urusan menukar status sebidang tanah daripada tanah pertanian kepada tanah kediaman dan memindah miliknya kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn. Bhd.

Bagi tuduhan kedua, setiausaha agung DAP itu dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri secara rasuah sebidang tanah serta banglo di 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta.

Sementara itu, Jahara berkata ADUN Barisan Nasional (BN) telah menghantar surat cadangan mengenai Majlis Pengangkutan Negeri (MPN) kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow untuk membuat pindaan terhadap badan itu sebelum menerima pelantikan menganggotai jawatankuasa MPN.

Beliau berkata pindaan itu perlu bagi membolehkan MPN berfungsi sebagai sebuah jawatankuasa yang boleh bertanggungjawab untuk mengkaji, menilai dan memberi perakuan untuk kelulusan pelaksanaan projek-projek mega negeri.

“Pihak kami hanya akan menerima pelantikan ke dalam jawatankuasa sekiranya kesemua cadangan pindaan terma rujukan baharu itu dibuat oleh kerajaan negeri,” katanya.

Penubuhan MPN dipersejutui dalam sidang DUN lalu berikutan kontroversi pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan negeri yang menelan perbelanjaan sebanyak RM27 bilion selain bantahan pelbagai pihak terhadap projek tambakan laut di Permatang Damar Laut.

Pada 27 Mei lepas, kerajaan negeri mengumumkan pelantikan tiga wakil rakyat BN iaitu Jahara, ADUN Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah dan ADUN Bayan Lepas, Nordin Ahmad bagi menganggotai jawatankuasa itu bersama-sama 51 yang lain termasuk kira-kira 10 wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO). – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd