• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bilqis Hijjas Bebas Tuduhan Menghina Lepas Belon Kuning

oleh Ahmad Albab
02/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini hari ini melepaskan dan membebaskan seorang penari daripada pertuduhan berkelakuan menghina dengan melepaskan belon kuning pada majlis yang dihadiri perdana menteri dan isteri, Ogos tahun lalu.

Majistret Mohd Faizal Ismail membebaskan Bilqis Hijjas, 37, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

“Selepas meneliti keterangan dan hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, serta penilaian yang maksimum, mahkamah memutuskan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan.

“Mahkamah percaya elemen seperti menghina, membangkitkan kemarahan dan keamanan mungkin terganggu, gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan,” kata Mohd Faizal.

Beliau berkata kesalahan di bawah akta ini secara umumnya jarang dibawa ke mahkamah sehingga ke perbicaraan penuh kerana kebiasaannya tertuduh akan mengaku bersalah dan membayar denda.

“Bagaimanapun, mahkamah berpendapat kes-kes seperti ini pada masa kini tidak mustahil akan dibawa ke perbicaraan penuh.

“Berikutan kes seperti ini jarang berlaku, mahkamah perlu mengambil langkah berhati-hati dalam membuat keputusan selain ketiadaan rujukan kes-kes kesalahan seperti ini,” katanya.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan lapan saksi pendakwaan sepanjang tempoh perbicaraan kes Bilqis yang didakwa berkelakuan menghina bertujuan membangkitkan kemarahan sehingga keamanan mungkin terganggu.

Pada 23 September tahun lepas, Bilqis, didakwa melakukan kesalahan membaling belon-belon kuning itu dari aras 5, pusat beli-belah Pavilion di Jalan Bukit Bintang, di sini pada 3.15 petang, 31 Ogos 2015.

Anak perempuan arkitek terkenal tanah air Hijjas Kasturi itu didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang boleh dikenakan denda maksimum RM100.

Perbicaraan kes Bilqis, yang juga dikenali sebagai ‘Gadis Belon’ selepas insiden itu bermula 24 Feb dan berakhir 2 Jun lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norakmal Farhan Aziz, manakala peguam Eric Paulsen mewakili Bilqis yang tersenyum di dalam kandang tertuduh, sebaik sahaja mendengar keputusan itu.

Pada Hari Kebangsaan 31 Ogos tahun lepas, tujuh belon kuning dilepaskan dari tingkat lima di pusat beli-belah itu sewaktu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor menonton persembahan tarian pembukaan acara DiverseCity 2015: Festival Kesenian Antarabangsa Kuala Lumpur.

Belon-belon kuning yang dilepaskan itu antaranya tertera perkataan ‘Democracy’, ‘Free media’ dan ‘Justice’ berwarna hitam telah jatuh ke belakang skrin di aras dua. – BERNAMA

Tags: hina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hafizul Dipercayai Mahu Larikan Diri Ke Makkah Melalui Thailand – Polis

Peniaga Ketam Didakwa Hina Raja Perlis

16/04/2024
0

KANGAR: Seorang peniaga ketam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menghantar komunikasi jelik terhadap...

Suspek Hina Perdana Menteri Di Media Sosial Ditahan Reman

Suspek Hina Perdana Menteri Di Media Sosial Ditahan Reman

15/11/2023
0

PUTRAJAYA : Polis menahan lelaki mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui media sosial. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd