• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki Miliki 4,000 Biji Pil Kuda RM100,000

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Seorang lelaki ditahan kerana didapati memiliki 4,000 pil kuda bernilai RM100,000 di Kampung Kubang Golok, di sini baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bachok ASP Abdul Jalil Abdul Kadir berkata suspek yang berusia 28 tahun itu ditahan pada pukul 9.30 malam Selasa lepas ketika sedang menunggang sebuah motosikal di kawasan terbabit.

“Suspek yang cuba melarikan diri telah berjaya ditahan, dan hasil pemeriksaan menemui pil kuda tersebut disorok di dalam motosikalnya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Bachok di sini, hari ini.

Abdul Jalil berkata lelaki itu direman selama seminggu sejak semalam untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata ia merupakan kejayaan terbesar rampasan dadah bagi IPD Bachok pada tahun ini, berikutan hasil intipan yang dilakukan lebih tiga bulan.

Abdul Jalil berkata pihaknya percaya dadah berkenaan adalah untuk dipasarkan di sekitar daerah Bachok terutama kepada perantau yang pulang ke kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti rangkaian pengedarannya sebelum ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: pil kudapolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd