• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kronologi Kes Pembelian Banglo Oleh KM P.Pinang

oleh Ahmad Albab
30/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Berikut adalah kronologi kes penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM):

Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya
Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya

* 17 Mac 2016: Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya meminta menyiasat isu pembelian hartanah di bawah harga pasaran bernilai RM2.8 juta oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, George Town pada persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.

* 18 Mac 2016: Lim mendakwa transaksi pembelian rumahnya itu dibuat secara rela hati antara pembeli dan penjual, Phang Li Koon tanpa sebarang paksaan.

* 18 Mac 2016: SPRM mula menerima laporan berhubung isu pembelian rumah banglo pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran daripada pelbagai pihak termasuk parti politik dan badan bukan kerajaan.

* 19 Mac 2016: Lim menggesa SPRM menyegerakan siasatan berhubung transaksi pembelian rumahnya di Jalan Pinhorn.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (kanan) bersama isterinya Betty Chew (dua dari kanan) di kediamannya di Jalan Pinhorn, Jelutong.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (kanan) bersama isterinya Betty Chew (dua dari kanan) di kediamannya di Jalan Pinhorn, Jelutong.

* 20 Mac 2016: Lim membawa petugas media melawat rumahnya di Jalan Pinhorn.

* 22 Mac 2016: Phang membuat akuan berkanun menjelaskan beliau menjual banglo itu atas dasar rela hati antara pembeli dan penjual yang dipersetujui melalui perjanjian bertarikh 23 Jun 2014.

* 23 Mac 2016: SPRM terima lapan aduan daripada pelbagai pihak berhubung isu pembelian banglo ketua menteri.

* 1 April 2016: Phang memberi keterangan berhubung pembelian banglo oleh ketua menteri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di George Town.

* 2 April 2016: Polis melengkapkan kertas siasatan berhubung kandungan akuan berkanun Phang yang didakwa mempunyai maklumat palsu.

* 17 April 2016: SPRM menasihatkan semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pembelian banglo ketua menteri.

* 6 Mei 2016: Lim dan isteri Betty Chew serta Phang dan pemilik Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Datuk Tang Yong Chew memberi keterangan
kepada SPRM.

* 7 Mei 2016: Lim sekali lagi hadir untuk direkodkan keterangan berhubung isu pembelian banglo di pejabat SPRM Pulau Pinang.

* 22 Mei 2016: Pegawai SPRM hadir di rumah Lim untuk mengambil keterangan berhubung pembelian banglonya.

* 25 Mei 2016: Kertas siasatan Lim dikemukakan kepada Peguam Negara.

* 6 Jun 2016: Kertas siasatan banglo Lim dikembalikan kepada SPRM untuk siasatan lanjut.

* 29 Jun 2016: Lim ditahan SPRM di tingkat 28 bangunan Komtar pada pukul 5.45 petang, manakala Phang ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden. – BERNAMA

Tags: bangloLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd