• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP P.Pinang Adakan Mesyuarat Tergempar Esok

oleh Ahmad Albab
30/06/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – DAP Pulau Pinang akan mengadakan mesyuarat tergempar esok berikutan penahanan Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow berkata mesyuarat itu akan diadakan sejurus Lim, yang akan dihadapkan ke mahkamah pada Khamis, dibenarkan ikat jamin oleh mahkamah.

“DAP akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa negeri tergempar esok untuk membuat keputusan bagi menangani krisis politik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan di Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau berkata mesyuarat itu hanya akan diadakan dengan kehadiran Lim.

Chow yang juga pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, berkata DAP menganggap tuduhan terhadap Lim berunsur politik untuk mematikan kariernya.

“Pesanan Lim kepada saya adalah menguatkan semangat menghadapi krisis politik ini dan memastikan parti dan kerajaan negeri tetap kukuh dalam masa ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dalam satu kenyataan berkata PKR akan sentiasa menyokong dan berdiri teguh di belakang ketua menteri itu.

Lim sebelum ini disiasat SPRM berhubung pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn di sini dengan harga RM2.8 juta daripada Phang Li Koon dan dikatakan di bawah harga pasaran.

Mei lepas, Lim dan isterinya Betty Chew memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung siasatan pembelian banglo itu dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin, di sini, bagi membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta. – BERNAMA

Tags: DAPLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – DAP menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk pengundi yang berada di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura pulang...

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd