• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAHB Ada Hak Kekalkan Jenama KLIA2

oleh Ahmad Albab
29/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) mempunyai hak untuk mengekalkan jenama KLIA2 termasuk mengambil tindakan undang-undang, kata Pengarah Urusan Datuk Badlisham Ghazali.

Susulan kontroversi baru-baru ini yang dibangkitkan oleh AirAsia untuk menukar jenama KLIA2 kepada Terminal Penerbangan Tambang Rendah 2 (LCCT2), beliau berkata langkah itu tidak perlu untuk mengelak kekeliruan dalam kalangan penumpang.

“Cadangan pertukaran nama itu telah menimbulkan kekeliruan kepada penumpang. Saya dengar banyak penumpang telah pergi ke LCCT lama. Jadi, kenapa kita menimbulkan kekecohan dan kekeliruan itu?

“Jenama itu kekal. Saya harap Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai akan memaklumkan kepada AirAsia dan kita akan lihat apa yang berlaku selepas itu,” katanya kepada Bernama selepas majlis berbuka puasa di ibu pejabat agensi berita itu di sini semalam.

Badlisham berkata MAHB mengalu-alukan perbincangan dengan Kementerian Pengangkutan dan AirAsia untuk menyelesaikan isu ini.

“Itu (perbincangan) tidak ada masalah pada saya tetapi menukar jenama itu, saya rasa tidak patut,” katanya.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata beliau akan menemui Liow hari ini untuk membincangkan cadangan pertukaran nama KLIA2.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu mencadangkan untuk menamakan semula KLIA2 sebagai LCCT2, bagaimanapun, Kementerian Pengangkutan telah menyatakan pada minggu lepas bahawa tiada perubahan nama untuk KLIA2. – BERNAMA

Tags: KLIA2MAHB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

25/06/2024
1

Kuala Lumpur : Penjelasan mengenai penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) antara perkara yang...

Inisiatif QRT Imigresen Tangani Kesesakan Kaunter Di KLIA Dan KLIA2

Inisiatif QRT Imigresen Tangani Kesesakan Kaunter Di KLIA Dan KLIA2

01/02/2023
0

SEPANG : Penugasan anggota Pasukan Tindakan Pantas (QRT) Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membantu mempercepatkan proses...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd