• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ke Tali Gantung Bunuh Warga Emas Dengan Kayu Besbol

oleh Ahmad Albab
29/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Seorang bekas pengawal keselamatan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah menyebabkan kematian seorang warga emas wanita dengan memukul kepala mangsa menggunakan kayu besbol dalam kejadian rompakan di sebuah kedai runcit pada 2013.

Pesuruhjaya Kehakiman Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman itu ke atas Zulkifli Mohamad, 37, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Menurut hakim, kes jenayah yang dilakukan oleh tertuduh bermula dari rompakan sehingga berakhir dengan kematian mangsa, Law Pow Ling, 77,

Muhammad Jamil juga berkata tertuduh telah memukul kepala si mati dengan sengaja menggunakan kayu besbol sehingga menyebabkan kematian.

Tertuduh didakwa melakukan rompakan di sebuah kedai runcit, Syarikat Perniagaan Choong, No 101, Jalan Jelawat, Taman Banang, Batu Pahat antara 12.01 tengah malam hingga 8.30 pagi pada 22 Nov 2013.

Tertuduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Adzmi manakala tertuduh diwakili peguam P. Thirumalai. – BERNAMA

Tags: hukuman matilelaki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Makkal Kural Malaysia memohon tindakan undang-undang yang paling tegas, saksama dan tanpa pilih kasih diambil terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd