• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Bahagian Tambun Hormati Keputusan Ahmad Husni

oleh Ahmad Albab
28/06/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – UMNO Bahagian Tambun menghormati keputusan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah meletak semua jawatannya dalam parti dan Barisan Nasional (BN) termasuk sebagai Ketua UMNO Bahagian Tambun dan Bendahari Agung BN.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah berkata bagaimanapun, bahagian itu berharap Ahmad Husni, yang turut melepaskan jawatannya sebagai Menteri Kewangan Kedua, dapat tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung peletakan jawatan Ahmad Husni sebaliknya memberi beliau masa untuk menjelaskannya.

“Saya perlu bertemu sendiri dengan Datuk Seri (Ahmad Husni) kerana setakat ini, apa yang saya peroleh sama seperti yang Datuk Shamsul Zairil Kamaruddin maklumkan.

“Apa juga keputusan beliau, kita hormati tapi dalam masa sama, berharap dia akan terus bersama kita,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa UMNO Bahagian Tambun di sini, malam tadi.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan rombakan Kabinet memaklumkan peletakan jawatan Ahmad Husni sebagai Menteri Kewangan Kedua atas sebab peribadi.

Menerusi Shamsul Zairil yang juga setiausaha politiknya, Ahmad Husni turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Bendahari UMNO dan Bendahari Agung BN, Timbalan Pengerusi UMNO Perak, Timbalan Pengerusi BN Perak, Ketua UMNO Bahagian Tambun dan Pengerusi BN Parlimen Tambun. – BERNAMA

Tags: Husni Hanadzlah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Husni Yakin BN Mampu Sapu Bersih Tambun

29/04/2018
0

IPOH - Bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah yakin Barisan Nasional (BN) akan menyapu bersih kerusi Parlimen...

‘Saya Orang Anwar, Tapi Saya Tinggalkan Dia’ – Husni

01/11/2017
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mendedahkan bahawa enam tokoh pembangkang yang parti mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd