• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insiden Pesawat Charlie TUDM Dipintas Masih Disiasat

oleh Ahmad Albab
27/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan masih menyiasat laporan kejadian sebuah pesawat Charlie C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipintas dua jet pejuang Indonesia dalam ruang udara berhampiran Pulau Natuna, Indonesia, semalam.

Panglima TUDM, Jen Tan Sri Roslan Saad berkata laporan lengkap mengenainya akan dimaklumkan kepada pengurusan tertinggi sebelum sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan.

“Siasatan masih dijalankan dan pihak kami akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

“Operasi pesawat juga berjalan seperti biasa kerana tidak berlaku sebarang perkara mencurigakan sehingga hari ini,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 2015 bagi peringkat Markas Tentera Udara dan Markas Pemerintahan Operasi Udara, di sini hari ini.

Semalam, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengakui menerima laporan mengenai kejadian itu namun tidak mempunyai maklumat lengkap yang sahih.

Menurut Hishammuddin, pesawat itu dipintas ketika dalam penerbangan dari Pangkalan Udara Subang ke Labuan.

Terdahulu, pada majlis itu, seramai 80 daripada 1185 orang pegawai dan anggota TUDM, menerima sijil khidmat cemerlang dan hadiah prestasi bernilai RM1,000.

Majlis sama juga akan diadakan serentak pada Rabu ini di Pangkalan Udara (PU) Subang, PU Labuan, PU Kuantan dan PU Butterworth.

Pada majlis hari ini, sumbangan hari raya turut disampaikan kepada tujuh warga kerja TUDM yang memiliki anak sakit kronik. – BERNAMA

Tags: ATMIndonesiaTUDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

07/08/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya sebagai seorang panglima kecil yang harus bertempur dengan cara tersendiri...

PMX Anwar Syukur Temui Anggota Tentera Di Negeri Sembilan, Rakam Penghargaan

PMX Anwar Syukur Temui Anggota Tentera Di Negeri Sembilan, Rakam Penghargaan

24/07/2026
0

PORT DICKSON - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur dapat kembali ke Port Dickson untuk menyantuni warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd