• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesilapan Terbesar Saya Adalah Menubuhkan Alibaba

oleh AK-47
27/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGASAS Alibaba Group, Jack Ma mendedahkan kesilapan terbesar di dalam hidupnya adalah sewaktu beliau memutuskan untuk menubuhkan syarikat jual beli atas talian, Alibaba.com.

Menurut laporan portal Shanghaiist, Jack Ma berkata kejayaan besar Alibaba telah membuatkan dirinya tidak pernah lekang daripada masalah dan menyebabkan dia tiada masa untuk diri sendiri akibat terlalu sibuk.

“Kesilapan terbesar saya adalah menubuhkan Alibaba. Saya tak pernah terfikir benda ini (Alibaba) boleh mengubah hidup saya.

“Saya cuma hendak berniaga kecil-kecilan dan tidak sangka ia menjadi besar sehingga begini, ia memerlukan tanggungjawab yang besar dan ia turut mendatangkan pelbagai masalah.

“Hari-hari saya boleh diibaratkan sebagai seorang presiden, dan saya tak ada sebarang kuasa dan saya tak ada kehidupan,” terang lelaki yang berusia 51 tahun itu.

“Jadi saya ingat, dalam hidup saya yang keseterusnya, kalau ada, saya tidak akan buat bisnes seperti ini. Saya akan jadi diri sendiri, dan saya mahu berseronok dengan hidup saya,” katanya.

Jack Ma berkata demikian ketika sesi soal jawab pada 21 Jun lalu di 20th St. Petersburg International Economic Forum di Rusia. Syarikat Alibaba kini dianggarkan bernilai AS$190 bilion. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Shanghaiist

Tags: Chinakaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Berhenti Guna Isu Minyak ‘Gula-Gulakan’ Rakyat, Zaman Malaysia ‘Kaya’ Hasil Minyak Sudah Berlalu

Berhenti Guna Isu Minyak ‘Gula-Gulakan’ Rakyat, Zaman Malaysia ‘Kaya’ Hasil Minyak Sudah Berlalu

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Generasi hari ini diminta supaya memahami dan bersedia menghadapi realiti baharu bahawa zaman Malaysia 'kaya' dengan hasil...

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd