• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Perlis Sokong Penuh Pemecatan Muhyiddin, Mukhriz

oleh Ahmad Albab
27/06/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – UMNO Perlis menyokong sepenuhnya keputusan Majlis Tertinggi (MT) memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim.

Beliau berkata keputusan berat itu terpaksa dibuat kerana Muhyiddin, yang sebelum ini digantung sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Mukhriz, bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah berkempen membantu calon lawan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, baru-baru ini.

“UMNO tidak boleh bertolak ansur kerana Muhyiddin dan Mukhriz melanggar disiplin parti,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anggota UMNO bahagian Kangar, Arau dan Padang Besar di sini, malam tadi.

MT UMNO pada mesyuarat Jumaat lepas turut menggantung keahlian Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sehingga MT menerima laporan daripada Jawatankuasa Disiplin parti.

Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata UMNO Perlis akan mengguna pakai templat kejayaan Barisan Nasional (BN) di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar dalam memilih calon pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata kriteria penting calon mestilah mampu memberi perkhidmatan kepada rakyat dan sumbangan kepada parti dan mereka dipilih sebagai calon hanya setelah mendapat persetujuan pelbagai pihak.

“Pemimpin bukan dipilih untuk sekelompok atau kumpulan kecil manusia tetapi untuk seluruh rakyat. Lumrahlah ada yang menentang keputusan yang dibuat namun kami ikut pendapat ramai,” kata Shahidan.

Sementara itu beliau menegaskan Perlis tidak mahu lagi menerima calon payung terjun dalam pilihan raya umum akan datang kerana ia antara punca prestasi mereka lembab dan tidak memenuhi kehendak rakyat yang memilih.

“Perlis menghadapi sengsara politik kerana calon payung terjun yang dipilih oleh tangan-tangan ghaib memberi kesan apabila rakyat tidak berpuas hati dengan khidmat mereka.

“Saya serius dalam soal ini dan akan memastikan ia tidak berulang,” kata Shahidan sambil menambah beliau akan maklumkan kepada wakil rakyat yang prestasi mereka tidak memuaskan kerana Presiden parti mengambil maklum perkara tersebut.

Beliau menasihatkan wakil rakyat berkenaan yang bercita-cita bertanding lagi supaya berusaha meningkatkan prestasi jika mahu diberi peluang bertanding kelak. – BERNAMA

Tags: MT UMNOPerlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd