• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Individu Diberkas Bersama Pelbagai Mercun Dan Bunga Api

oleh Ahmad Albab
26/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM20,000 dengan tertangkapnya dua individu dalam serbuan berasingan di daerah ini.

Timbalan Ketua Daerah Kuala Terengganu, Supt Suffian Sulaiman berkata seorang wanita berusia 38 tahun diberkas dalam serbuan pertama di Kampung Lingai, Batu Rakit, Jumaat lalu.

Katanya dalam serbuan kira-kira pukul 1 pagi itu, pihaknya menemui sejumlah mercun dan bunga api yang disorokkan di dalam beberapa guni di dalam kediaman berkenaan.

“Keesokannya, kira-kira pukul 2.25 pagi, kita berjaya menahan seorang lelaki berusia 34 tahun dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kuala Bekah…pemeriksaan lanjut di kediaman tersebut pihak polis menjumpai pelbagai jenis bahan letupan di dalam rumahnya.

“Kedua-dua mereka juga mengaku mercun tersebut milik mereka,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Menurutnya kedua-dua suspek yang bekerja sendiri itu menjadikan kediaman mereka sebagai stor untuk menyimpan mercun dan bunga api untuk edaran di sekitar Kuala Terengganu.

Jelasnya pihaknya juga tidak menolak kemungkinan suspek turut membekalkan mercun itu kepada para peniaga kecil-kecilan di sekitar kawasan mereka berdasarkan kuantiti mercun yang banyak.

Suffian berkata pihaknya telah mengambil keterangan daripada kedua-dua suspek yang kemudian dibebaskan dengan jaminan polis dan setakat ini, rampasan berkenaan adalah yang terbesar di daerah ini.

“Siasatan lanjut masih dijalankan, kedua-dua mereka juga tidak mempunyai rekod lampau bersabit dengan aktiviti ini namun kita juga masih mengesan dari mana mereka memperoleh bekalan mercun tersebut,” katanya.

Katanya siasatan dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. – BERNAMA

Tags: mercun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang pengguna mendakwa mercun jenis “Dai Sheng Gui Lai...

Polis Cari Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

Polis Cari Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

09/04/2023
0

Kuala Lumpur : Polis sedang mengesan individu yang disyaki bermain mercun hingga menyebabkan dua mangsa cedera di Kampung Changkat, Gombak,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd