• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Mufti Pahang Tentang DAP Keterlaluan

oleh Ahmad Albab
26/06/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman yang mendakwa DAP tergolong dalam kalangan kafir harbi adalah keterlaluan dan tidak boleh diterima kerana DAP tidak pernah menentang Islam, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Perkataan yang begitu ganas ini tidak harus keluar daripada mulut seorang mufti yang kedudukan begitu tinggi dan mulia. Ini macam cakap bahawa minta bunuh orang, sama tahapnya,” katanya.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata jika parti itu menentang Islam, kerajaan DAP Pulau Pinang tentu tidak menyediakan peruntukan untuk hal ehwal agama Islam, membina sekolah agama rakyat dan menderma tanah untuk membina kompleks mahkamah syariah.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini bagi mengulas kenyataan Mufti Pahang itu yang disiarkan Utusan Online pada Khamis lepas.

Abdul Rahman juga dilaporkan berkata hukum bagi mana-mana umat Islam yang bekerjasama atau bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar, manakala politik kebencian yang diamalkan DAP jika dijalankan secara berterusan dibimbangi boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.

Justeru, Lim mahu Abdul Rahman menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas penasihatnya, Tony Pua mendakwa projek LRT3 tidak pernah dihentikan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd