• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganut Buddha Geledah, Robohkan Masjid

oleh Ahmad Albab
26/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGO – Ratusan penganut Buddha bukan saja menceroboh masuk ke dalam masjid di tengah Myanmar, malah hampir merobohkannya memaksa penduduk Islam melarikan diri dan berlindung dalam kawasan balai polis selepas berlaku pergaduhan antara jiran yang kemudian menjadi keganasan agama.

Keganasan tercetus petang semalam, selepas kira-kira 200 penduduk beragama Buddha mengganas di kawasan penduduk Islam di perkampungan Thuye Tha Mein di wilayah Bago, berikutan pertelingkahan sesama jiran mengenai pembinaan sekolah Islam.

“Ia bermula apabila seorang lelaki Islam bertekak dengan wanita Buddha menyebabkan ada penduduk masuk campur menyerang lelaki itu.

“Mereka kemudian memasuki masjid dan menggeledahnya menyebabkan sebahagian masjid rosak. Perusuh Buddha turut merosakkan pagar perkuburan,” katanya ketua kampung itu, Hla Tint.

Kira-kira 70 penduduk Islam, termasuk wanita dan kanak-kanak terpaksa bermalam di balas polis.

Menurut Tint, tiada kecederaan serius berlaku dan keadaan kembali tenang hari ini.

Polis dan setiausaha masjid mengesahkan kerosakan itu dan seorang penduduk, Tin Shwe Oo, 29, yang beragama Islam berkata, ada 150 penduduk Islam di kampung ini yang kini hidup dalam ketakutan.

“Kami terpaksa bersembunyi kerana ada yang mengancam mahu membunuh penduduk Islam. Saya dan keluarga mahu tinggal jauh dari sini sehingga keadaan aman,” katanya.

Keganasan agama di Myanmar sejak 2012 menyebabkan ramai penduduk Islam dibunuh penganut Buddha dengan restu sami radikal. - AFP/myMetro Online

Tags: BuddhamasjidMyanmar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan beliau meneruskan tradisi murni DAP dengan menyalurkan...

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengkritik badan bukan kerajaan (NGO) Islam, masjid dan surau yang 'terhegeh-hegeh' menganjurkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd