• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempar! Cebisan Al-Quran Bertaburan Di Atas Jalan Raya

oleh AK-47
26/06/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CEBISAN kertas ayat suci al-Quran ditemui bertaburan di atas jalan raya dari Yong Peng menuju ke Segamat, Johor pada awal tengah hari, semalam.

Menurut individu yang menemui cebisan kertas itu, Wahid Md Elah, 55, kejadian tersebut disedari kira -kira jam 12 tengah hari ketika tiba di tempat kerjanya selepas pulang dari mengambil anak di sekolah.

Dia yang merupakan pekerja am di sebuah bank, berasa pelik sejurus melihat cebisan-cebisan berterbangan di hadapan pejabat lalu memeriksanya.

Gempar! Cebisan Al-Quran Bertaburan Di Atas Jalan Raya

Gempar! Cebisan Al-Quran Bertaburan Di Atas Jalan Raya

Gempar! Cebisan Al-Quran Bertaburan Di Atas Jalan Raya

“Saya dapati banyak cebisan kertas bertaburan di jalan raya dan apabila diperiksa saya dapati ianya cebisan al-Quran yang telah dikoyak kecil.

“Saya terus mengambil beg plastik dan mengutip cebisan ayat suci berkenaan sebelum dibantu oleh orang ramai yang lalu lalang di kawasan tersebut sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas,” katanya, seperti dilaporkan sebuah akhbar.

Wahid mengatakan dia begitu terkilan kerana tidak menyangka sesuatu seperti itu berlaku, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan dan berharap pihak berwajib segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap si pelaku.

Difahamkan, seorang saksi yang enggan dikenali memberitahu dia ternampak sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih melemparkan cebisan kertas itu kira-kira jam 12 tengah hari.

Sementara itu ADUN Tenang, Mohd Azahar Ibrahim yang meninjau lokasi kejadian meminta orang ramai agar bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya.

Gempar! Cebisan Al-Quran Bertaburan Di Atas Jalan Raya
ADUN Tenang, Mohd Azahar Ibrahim yang datang meninjau lokasi kejadian.

Gempar! Cebisan Al-Quran Bertaburan Di Atas Jalan Raya

“Kejadian ini memang mengguris hati umat Islam apatah lagi ia berlaku pada Ramadan. Namun isu ini perlu ditangani dengan bijak tanpa menuding jari kepada sesiapa kerana ia boleh menimbulkan suasana tidak tenteram.

“Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan termasuk memeriksa rakaman dari sistem kamera litar tertutup (CCTV) bagi memastikan perbuatan ini disengajakan atau sebaliknya,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan kejadian dan memaklumkan bahawa kertas siasatan kes itu sudahpun dibuka.

Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta supaya tampil membuat laporan bagi membantu siasatan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Al-Quranislamkertassensitiviti agama
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Eric Lau Pilih Islam, ‘Jalan Pulang Sentiasa Terbuka Bila Hati Sudah Bersedia’ – Hanafiah

Eric Lau Pilih Islam, ‘Jalan Pulang Sentiasa Terbuka Bila Hati Sudah Bersedia’ – Hanafiah

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Satu kisah menyentuh hati dikongsikan Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah...

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memandang serius penyebaran kandungan di media sosial yang membabitkan universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd