• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abu Kassim, Personaliti Pencegah Rasuah Yang Disegani

oleh Ahmad Albab
23/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang bakal menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 1 Ogos ini, merupakan seorang personaliti yang disegani di arena tempatan mahupun antarabangsa.

Menerajui kepimpinan SPRM pada 1 Jan 2010, Abu Kassim telah terlibat dalam proses pembangunan SPRM sehingga mengangkat nama dan martabat suruhanjaya itu sebagai sebuah badan pencegahan rasuah yang berkaliber.

Abu Kassim, 55, memulakan kerjayanya dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) setelah tamat pengajian di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1984 dan sejak itu, meniti pelayaran kerjaya 30 tahun bersama BPR, yang kemudiannya dikenali sebagai SPRM mulai 1 Jan 2009.

Bermula sebagai seorang pegawai penyiasat, beliau kemudiannya menaiki tangga korporat agensi berkenaan sehingga memegang jawatan sekarang.

Pada tahun 1990, beliau dilantik sebagai Ketua Badan Pencegah Rasuah cawangan Sibu, Sarawak dan dilantik sebagai Pengarah Bahagian Perancangan Polisi dan Penyelarasan, BPR pada tahun 1999.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai pengarah BPR negeri Perak (2000) dan Pulau Pinang (2003) dan Pengarah Akademi Latihan Pencegahan Rasuah Malaysia pada tahun 2005.

Abu Kassim kemudiannya berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Integriti di Amanah Raya Malaysia dan pada tahun 2007, dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya 1 SPRM.

Nama Abu Kassim juga tidak asing di peringkat antarabangsa kerana beliau merupakan wakil Asia dalam Kumpulan Pakar-pakar Interpol mengenai Rasuah yang diadakan di Lyon, Perancis serta ahli dalam Interpol of Experts on Corruption (IGEC) sejak 1997.

Beliau juga terlibat dalam proses penyediaan Kod Etika bagi Penguatkuasaan Undang-undang-Panduan Amalan Terbaik bagi Anggota Interpol dan Piawaian Global bagi Memerangi Rasuah dalam Perkhidmatan Polis.

Abu Kassim juga adalah Naib Presiden International Association of Anti-Corruption Authorities (IAACA) dan pada 2012, dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pentadbir Akademi Pencegahan Rasuah Antarabangsa, yang berpusat di Vienna.

Pada 30 Nov 2012, beliau dilantik sebagai Anggota Lembaga Gabenor Akademi Pencegahan Rasuah Antarabangsa (IACA) bagi penggal selama enam tahun.

Pada Februari 2011, Abu Kassim dinamakan sebagai seorang daripada 100 tokoh paling berpengaruh dalam etika perniagaan bagi 2010 oleh Ethisphere Institute yang berpangkalan di New York.

Beliau yang menduduki tempat keempat dalam senarai tokoh terkemuka itu, dihakimi daripada peranannya dalam kategori kerajaan dan amalan peraturan, termasuk kepimpinan pemikir, kepimpinan perniagaan, budaya korporat serta pelaburan dan penyelidikan.

Setelah tamat jawatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Ogos, Abu Kassim akan meneruskan kariernya seabgai Pegawai Perkhidmatan Pencegahan Rasuah sehingga bersara wajib pada 6 Dis 2020. – BERNAMA

Tags: SPRMTan Sri Abu Kassim Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd