• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Pasangan Suami Isteri, Rampas 46kg Ganja

oleh Ahmad Albab
23/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan sepasang suami isteri serta merampas 48 ketulan mampat dadah jenis ganja seberat 46 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM104,000 dalam serbuan di Batu 5, Jalan Ipoh di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, hasil maklumat awam, polis menahan kedua-dua suspek berusia 31 dan 22 tahun itu kira-kira 1 pagi, bersama bayi lelaki mereka berusia setahun dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi berhampiran rumah mereka di Jalan Ipoh.

“Turut dirampas serangkai kunci termasuk kunci kereta jenis Proton Perdana yang dijumpai dalam sebuah beg galas dalam kereta itu.

“Suspek kemudiannya membawa pasukan polis ke tempat parkir kereta Proton Perdana di kawasan berkenaan dan menjumpai 48 ketulan mampat disyaki ganja anggaran 46kg dalam dua beg galas dalam but kereta itu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Amar Singh berkata hasil siasatan ke atas suspek telah membawa kepada serbuan dilakukan di rumah milik suspek di kawasan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di rumah itu, polis menjumpai 10 paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis heroin dan syabu dengan anggaran berat kira-kira 486 gram.

“Turut disita dalam serbuan itu, adalah wang tunai dan harta milik suspek termasuk sebuah kereta Perodua Myvi yang kesemuanya bernilai RM58,550,” katanya.

Amar Singh berkata suspek dipercayai memperoleh bekalan dadah dari Thailand untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

Hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua suspek mendapati hanya lelaki berkenaan positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan reman selama enam hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: ganja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

16/12/2025
0

PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Briged Tenggara berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berketurunan Cina dan merampas...

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

17/07/2025
0

PADANG BESAR – Cubaan menyeludup dadah bernilai ratusan ribu ringgit dari negara jiran berjaya dipatahkan pasukan keselamatan dalam satu operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd