• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua SPRM Tamat Kontrak Awal Dapat Tawaran IACA

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohammad telah memohon kepada kerajaan bagi mempercepatkan penamatan kontraknya yang sepatutnya berakhir pada 4 Disember 2018 kepada 1 Ogos 2016.

SPRM dalam satu kenyataan media berkata, Abu Kassim telah membuat permohonan sebanyak tiga kali bagi mempercepatkan penamatan tempoh kontraknya dan kali ini ia diluluskan oleh kerajaan Malaysia.

Kenyataan itu bagaimanapun menegaskan, Abu Kassim membuat keputusan itu bukan kerana menerima tekanan daripada mana-mana pihak sebaliknya menerima tawaran daripada International Anti Corruption Academy (IACA) sebagai pakar jemputan di universiti pencegahan rasuah pertama di dunia tersebut.

“Abu Kassim sebelum ini telah mengemukakan permohonan yang sama namun Kerajaan Malaysia telah meminta beliau untuk meneruskan perkhidmatannya.

“Tiada tekanan dibuat oleh mana-mana pihak terhadap keputusan Abu Kassim bagi memendekkan kontraknya yang sepatutnya berakhir pada 4 Disember 2018 dan permohonan kali ketiga ini dibuat selepas beliau menerima tawaran IACA,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut SPRM, perlantikan Abu Kassim di IACA di Austria merupakan satu pengiktirafan dunia kepada kesungguhan Kerajaan Malaysia serta kepimpinan SPRM dalam menangani jenayah rasuah.

Jelas SPRM, Abu Kassim akan turut memberi tumpuan kepada tugas beliau sebagai ahli lembaga di universiti berkenaan selain menunaikan tanggungjawab sebagai pensyarah, penyelidik serta memberi khidmat rundingan di Universiti Teknologi Mara (UiTM). – MYNEWSHUB.CC

Tags: SPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd