• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Keluarga Mangsa Kebakaran Bakal Terima Rumah Baru

oleh Ahmad Albab
25/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Tahun Baru Maal Hijrah 1436 membawa sinar kepada dua keluarga mangsa kebakaran di kampung Alor Bangsa, Simpang Kuala dekat sini yang bakal menerima rumah baharu tidak lama lagi.

Rumah baharu itu merupakan sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat itu yang menelan belanja RM100,000.

Shuib Ismail, 62, berkata selepas rumahnya terbakar pada 5 Ogos lepas dia bersama isteri Hasnah Arifin, 59, serta dua anak perempuan berumur 23 dan 30 tahun terpaksa tinggal di surau berhampiran sebagai tempat berteduh.

Dia yang hanya melakukan kerja kampung dan berpendapatan tidak menentu, tidak mampu untuk membina semula rumah pusaka milik keluarganya berusia 42 tahun yang musnah terbakar dalam sekelip mata.

“Syukur Alhamdulillah ini hadiah tahun baru Maal Hijrah kepada keluarga saya. Saya tak sangka dapat bantuan yang bermakna kepada saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Pecah Tanah Program Ziarah Asnaf TNB di kampungnya dekat sini hari ini.

Rohani Arifin, 61, pula berkata dia berterima kasih kepada kepimpinan Umno Bahagian Alor Setar yang bertungkus lumus membantu bagi mendapatkan rumah baharu kepada mereka.

Katanya tanpa bantuan daripada pihak bertanggungjawab mereka tidak akan mendapat bantuan besar seperti itu dan kemungkinan akan terus tinggal dalam surau di kampung itu dalam tempoh masa panjang.

Sementara itu Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Ketua Umno Bahagian Alor Setar berkata pembinaan rumah itu akan mengambil masa dua bulan.

Katanya kos pembinaan bagi sebuah rumah bernilai RM50,000 yang turut dilengkapi dengan kelengkapan perabot bagi membolehkan mereka dapat memulakan hidup dengan lebih selesa.

“Rumah batu setingkat dengan tiga bilik dan dua bilik air pasti memberi keselesaan kepada keluarga tersebut,” katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bakar Bata.

Pada 5 Ogos lepas dua buah rumah berstruktur kayu dan batu di Kampung Alor Bangsa dekat sini musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 2.30 petang menyebabkan mangsa tinggal sehelai sepinggang.

Kesemua mangsa yang ada dalam rumah terlibat selamat dan tidak menghadapi sebarang kecederaan. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd