• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Pekerja Bank Dirotan Akibat Tak Perform

oleh AK-47
22/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Video sekumpulan pekerja bank dirotan di atas pentas akibat tidak ‘berusaha lebih’ di dalam pekerjaan, mengundang kritikan daripada netizen tempatan di negara itu.

Lapan kakitangan Rural Commercial Bank di Changzi, wilayah Shanxi itu dikatakan tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang sehingga menyebabkan mereka dihukum oleh pengurus di hadapan orang ramai dalam satu majlis.

Menerusi rakaman berdurasi 1 minit 14 saat, mereka sebelum menerima ‘hukuman’ memalukan itu, pengurus lelaki berkenaan dilihat bertanya sama ada kelapan-lapan mereka layak menerima hukuman tersebut atau tidak.

“Saya tidak kerja dengan bersungguh-sungguh,” kata seorang pekerja.

“Saya tak cukup berani lagi,” balas seorang lagi.

“Sediakan punggung kamu!” kata pengurus itu sebelum merotan kelapan-lapan pekerja tersebut berulang-ulang kali.

Bagaimanapun, pihak bank berkenaan telah membuat kenyataan rasmi mengenai kejadian terbabit dan mengesahkan video itu dirakam dalam sesi latihan ‘Breakthrough in Performance’ yang melibatkan 200 staf mereka.

Pihak Rural Commercial Bank dilaporkan begitu terkejut dengan cara didikan pengurus berkenaan dan sesi latihan tersebut telah dibatalkan dengan serta merta.

Menurut laporan akhbar South China Morning Post, pengurus yang membedal punggung pekerja adalah seorang jurulatih dari Shanghai Hongfeng Leadership Academy.

Jurulatih itu, Jiang Yang itu telah membuat permohonan maaf secara rasmi kepada orang ramai dan berkata dia bertindak sedemikian kerana cuba ‘membangunkan’ cara pekerja berfikir dan menggalakkan mereka untuk lebih kompetitif.

Beijing Times pula melaporkan, seorang sumber yang enggan dikenali berkata Jiang mengenakan caj sebanyak 100,000 yuan (RM61,240) sehari untuk sesi latihan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Shanghaiist

Tags: Chinarotan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd