• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ditahan Kerana Berlagak Sebagai Polis Pengiring

oleh Ahmad Albab
22/06/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang berlagak sebagai anggota polis trafik yang mengiringi konvoi bermotosikal dengan motosikal berkuasa tingginya ditahan di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini malam tadi.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Shafie Daud berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditahan ketika sepasukan polis sedang membuat rondaan di kawasan terbabit kira-kira pukul 10.45 malam.

“Kehadiran lelaki itu disedari apabila dia yang mengiringi kumpulan konvoi itu membunyikan siren dan menyalakan lampu mata arah seperti yang dilakukan anggota polis trafik yang melakukan tugas mengiring,” katanya pada sidang media hari ini.

Motosikal berkuasa tinggi yang dirampas daripada suspek menyamar anggota polis trafik pengiring, telah diubahsuai termasuk penyalahgunaan lampu mata arah dan siren bagi mengelirukan orang awam dan pihak berkuasa, dipamerkan pada sidang media hari ini. - Foto BERNAMA

Beliau berkata motosikal Harley Davidson yang ditunggang individu terbabit yang berkapasiti enjin 1,600 cc dan bernilai RM155,000 yang turut tertera perkataan ‘POLICE’ kemudiannya dirampas.

Siasatan awal mendapati kenderaan yang mempunyai pelekat tertera perkataan ‘Police Metropolitan Las Vegas’ pada bahagian kiri dan kanan kotak motosikal itu didaftarkan atas nama individu lain yang polis akan turut memanggil pemiliknya bagi membantu siasatan, katanya.

Shafie berkata pelaku tersebut merupakan seorang jurujual sambilan motosikal berkuasa tinggi dan dia telah dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

“Polis juga sedang mengesan dua lagi individu yang memandu kereta jenis Toyota Alphard dan Proton Preve yang dipercayai turut terlibat dengan aktiviti mengiring secara haram itu,” katanya.

Beliau berkata mereka diminta tampil bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Polis 1997 kerana melakukan kesalahan mengiring atau kawalan yang dikhaskan untuk pasukan Polis Diraja Malaysia dan di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.

Shafie berkata setakat ini pihaknya menerima enam kes berkaitan aktiviti sedemikian yang boleh mengundang kekeliruan kepada pengguna jalan raya yang lain. – BERNAMA

Tags: Harley Davidsonpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd